Program Ziarah 5 : Menggilap permata

March 21, 2015

Program Ziarah 5

Program Ziarah 5 bermaksud guru kelas menziarahi rumah pelajar sekurang-kurangnya 5 rumah. Satu program yang menarik di mana guru2 dapat mengenali lebih dekat ibu bapa pelajar dan bertukar-tukar maklumat tentang pelajar. Melalui program ini juga, guru dapat mengetahui sebab kenapa seseorang pelajar itu bermasalah di sekolah. Ini kerana, pelajar yang bermasalah adalah berpunca dari rumah.

CN bersama guru angkat kelas 3 Progresif , Kak Norimah menziarah 5 buah rumah pelajar terpilih bersama-sama. Almaklumlah, bahaya kalau pegi rumah orang tak kenal sorang2 kan, berdua lebih baik ! Hehe


1. Ashvini (Taman Jaya Utama)
Gambar tidak disertakan kerana CN kelihatan tidak anggun di situ ! Ahaks
: Rumah pertama yang kami datang dan disambut dengan jerkahan anjing yang menakutkan ! Naik darah ke kepala dengar anjing tu jerkah. Kitorang tak masuk rumah. Cuma bersoal siasat di luar pagar rumah sahaja sambil dijeling oleh anjing tuan rumah. 

2. Kong Chai Ying & Yap Pui Man (Taman Jaya Utama)
Program Ziarah 5 : Menggilap permata
: 2 pelajar ni adalah sepupu. Kong Chai Ying tinggal bersama mak Yap Pui Man sebab maknya keje di tempat lain. Agak sukar berkomunikasi sebab mak Yap Pui Man bersama-sama Yap Pui Man kurang fasih berbahasa melayu. Mujur ada Kong Chai Ying sebagai translator.

3. Ang Kai Lun
Program Ziarah 5 : Menggilap permata
: Rumah paling best sebab mak, nenek dan makcik Ang Kai Lun yang berada di rumah sangat2 mengalu-alukan kedatangan kami. Siap pesan "Cikgu, pukul Kai Lun kalau dia jahat ye !". Pergh ! Memang lama tak dengar parent suruh cikgu pukul anak dia. Selalunya parent warning jangan pegang anak dia adalah ! Hehe

4. Madhura
Program Ziarah 5 : Menggilap permata
: Anak tunggal ni memang pendiam dan baik. Rumah dia sangat kemas dan bersih. Memang awesome sebab rumah CN pun berselerak ! Huhu


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. nampaknya mcm cikgu yg lebih mengambil berat berbanding ibu bapa tu sendiri. Ape pun, semoga usaha membantu pelajar, mendapat ganjaran dari Allah. :)

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa jd cikgu.. teringan tokwan (datuk) kak Eny, dulu2 dia guru besar selalu ziarah anak murid dia..

    ReplyDelete
  3. Bagus juga program mcm ni.. walaupun boleh dirasa penat juga bagi saya utk bergerak ke rumah2 murid sbg satu tugasan, tp ia sebenarnya amat membantu kedua2 pihak dlm jngka panjang. Guru dpt memperkasa ilmu baru melalui pengalaman mengenal latar belakang kehidupan murid & keluarga murid pun akan rasa kesan yg baik utk anak atau ahli keluarganya bila guru dtg ke rumah. Syabas CN.. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.