Apakah barang yang akan dikenakan GST?
March 19, 2015
GST owh GST
Agak runsing untuk fikirkan perbelanjaan yang akan bertambah disebabkan oleh GST ni. Apa yang CN tahu, cost untuk makan kepci depan sekolah makin bertambah selepas GST ni ! Huhu
CN takmo mengulas lanjut tentang GST ni. Anda sendiri boleh fikirkan. Apa yang CN nak kongsikan adalah kesan GST terhadap ibubapa dari segi kos untuk maternity, newborn & toddler yang CN dapatkan dari blogger Melastik Bintang.
GST untuk Maternity
Jika diizinkan Allah SWT, CN plan untuk preggy tahun ni. Masih berusaha dan terus berdoa sebab Irfan hampir 3 tahun, sesuai sangat untuk dapat adik. Tapi, GST lak bermula tahun ni. Supplemen wajib CN dari Shaklee confirm kena GST. Selamat CN dah buat stok sikit2. Dah dapat jimat disitu. Untuk treatment, CN masih percaya Klinik Kesihatan Jenjarom & Hospital Banting. Cikgu FREE ! Buat apa membazir ke swasta kan. Walaupun servis lambat, smartphone kan ada. Sambil tunggu check up, sambil up entry.
GST untuk Newborn
Susu bayi yang mahal2 tu terkecuali dari GST. Tapi CN perasan susu Dutch Lady tukar packaging dan kuantiti pun kurang even harga sama. Tu apa cherrr ye? Ops ! Susu Dutch Lady bukan susu bayi, memang dikenakan GST ye. Diapers dan barang keperluan bayi yang lain semua dikenakan GST ! Mujurlah ada banyak lagi stok barangan Pureen duk borong masa Pureen Sale ! Cuma diapers tu, bagi CN lebih jimat beli di Speedmart. Kalau anda compare harga promosi di Tesco, Giant, AEON dan lain2, harga diapers dan susu di Speedmart sama macam harga promosi di pasaraya besar tau. Tempat CN ada 2 Speedmart, memang rajin compare harga. Nak jimat kan.
GST untuk Toodler
Makanan si kecil macam Nestum tu terkecuali dari GST. Tapi CN prefer masak bubur sendiri untuk anak. Seperti yang anda lihat di gambar, bahagian barang yang dikenakan GST lagi banyak dari yang tidak dikenakan GST. Pergh !
Walau apapun terjadi, GST tetap akan dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti. Kita sebagai pengguna perlu bijak dalam berbelanja. Kena berjimat cermat yer lepas ni.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
15 comments
pelbagai cerita yang kita dengar pasal GST ni kan..harapnya dengan kehadiran GST ni,tidaklah membebankan rakyat
ReplyDeleteHope sangat GST ni x bebankan kami yang student ni T_T
ReplyDeleteHope sangat GST ni x bebankan kami yang student ni T_T
ReplyDeleteSelamat berusaha CN .. fir next baby #exchangefeedgroup ..howyeahh !! GST jgn fikir sangat..
ReplyDeleteeh irfan, nama sma dgn ank sdara aina. hehe gambatte cn ^_^
ReplyDeleteKami yg berada dlm bidang ni (Akauan) .. turut terasa terbeban juga dengan sistem yg semakin menyukarkan ... Sgt berbeza dengan yg biasa...
ReplyDeleteNukilan Terkini di Owh!MananQayyim : Rindu Ombak
Hehehe sama2 kita tunggu dan lihat .........
ReplyDeletekalau pampers tak kena gst gak kan bagus.... :(
ReplyDeleteurmm... sedih. pilu... mengenangkan GST
ReplyDeleteAdoi, kalau lah gaji naik seiring dengan harga kenaikan harga barang, GST ni semua, kan best ? T_T
ReplyDeleteBanyak sebenarnya barang-barang yang dikenakan GST... Cuma kita masih blur blur lagi....
ReplyDeletehopefully gst on 1 april is april fool haha
ReplyDeleteCabaran betul tahun ni.. kos bnyk yg meningkat...
ReplyDeleteDugaan betol..gaji naik sikit2..brg keperluan semua naik...moga sama2 kite bertabah dan pandai cari peluang tuk berjimat
ReplyDeleteAssalamualaikum puan, saya ada menjual pampers Bosomi (import dari Korea). Kualiti hebat harga terbaik, 80kpg dari RM30. COD available. Boleh PM 019-6378735 ig:mommyiqbalrizqy
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.