Resepi Kek Lumut Lapis Cheese
February 26, 2015Resepi Kek Lumut Lapis Cheese
Kek Lumut Lapis Cheese memang menggoda masa mula-mula CN tengok di Group Resepi Kita. Kredit gambar di ambil dari group tersebut. Gambar CN lupa nak snap..hehe
Bahan-bahan kek ni mudah dan caranya ringkas. Cuma masa agak lama untuk mengukus kerana Kek Lumut Lapis Cheese ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Rasanya ? Mestilah sedap !!
Bahan-bahan Kek Lumut Lapis Cheese
1 cawan tepung
250g butter
4 biji telur
3/4 gula halus
4 sudu besar kaya
1/4 susu pekat
Pes pandan dgn pewarna hijau
* Untuk lapis putih
250g cream cheese
Sebiji telur
3/4 gula halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air masak
Cara-cara membuat Kek Lumut Lapis Cheese
Mixer butter dan gula sampai sebati
Masuk telur sebiji sebiji
Masukkan susu, kaya, pes dgn pewarna hijau. Dah sebati masukkan tepung gandum sampai sebati lagi.
Bahagikan kepada 2 kukus separuh. Sementera kukus selama 30 minit bolehlah mixer cream cheese tadi.
Mixer cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, air dgn tepung. Kukus selama 15 minit. Kemudian lapiskan adunan tadi dan kukus sehingga 45 minit. Sejukkan baru potong.
Dah cuba Kek Lumut Lapis Cheese?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
sedapnya
ReplyDeleteSelera jugak tengok ni.. sedapnya..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.