Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi
February 08, 2015
Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi
Sebagai Setiausaha PIBG, pelbagai surat perlu dibuat. Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ni, CN sukacita berkongsi dengan anda Contoh Surat Jemputan Sebagai Perasmi untuk Mesyuarat Agung tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
- letterhead PIBG sekolah -
Ruj.Kami.SMKTPG.PIBG.2015-100-7/1/7/3
Tarikh : 5 Februari 2015.
Kepada :
YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh
Pejabat Menteri Pendidikan II
Aras 18, No. 2, Menara P5/6,
Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Y. Bhg. Dato‘ Seri,
PERASMIAN MAJLIS PENUTUP
MESYUARAT AGUNG PIBG KE-35
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang akan mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG dan majlis penutup adalah seperti butiran berikut :
Tarikh : 28 Februari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Panglima, SMK Telok
Panglima Garang
3. Sehubungan itu, PIBG Sekolah
Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang dengan berbesar hati ingin menjemput
Y. Bhg. Dato‘ Seri untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung pada jam
11.00 pagi.
Kerjasama Y. Bhg. Dato‘ Seri didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah
………………………………….
( Ir. Hj. Shahrul Nizam Bin
Md Radzi)
Pengerusi Kehormat PIBG SMKTPG
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
surat rasmi paling senang nak buat.. time skolah dulu kalo kena buat surat rasmi lompat2 suka hehe..
ReplyDeletetapi kalo salah format adus naya
Siti Yang Menaip
tq teacher
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.