Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG

February 09, 2015


Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG

Sebagai Setiausaha PIBG, pelbagai surat perlu dibuat. Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan pada hujung bulan ni, CN sukacita berkongsi dengan anda Contoh Surat Jemputan Ibu Bapa ke Mesyuarat Agung PIBG untuk Mesyuarat Agung tersebut. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 

- letterhead PIBG sekolah -         

Ruj.Kami.SMKTPG.PIBG.2015-100-7/1/7/3
Tarikh : 9 Februari 2015.

______________________
______________________

YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TELOK PANGLIMA GARANG KE-35

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki,

2.         Berhubung perkata di atas, pihak sekolah menjemput YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SMK Telok Panglima Garang kali ke-35 yang akan diadakan seperti butiran berikut :

            Tarikh             : 28 Februari 2015
            Hari                : Sabtu
            Masa               : 8.30 pagi
            Tempat            : Dewan Sri Panglima, SMKTPG

3.         Bersama-sama ini disertakan slip jawapan dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Semua usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru tingkatan selewat-lewatnya 13 Februari 2015 (Jumaat).

4.         Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar amat digalakkan.

5.         Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama  berganding bahu untuk kecemerlangan SMKTPG. Kehadiran YB Dato‘ / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Saya Yang Menurut Perintah


………………………………….
( Ir. Hj. Shahrul Nizam Bin Md Radzi)
Pengerusi Kehormat PIBG SMKTPG

***********************************************************************************
Saya …………………………………………… ibu/bapa/penjaga kepada ……………………… akan/tidak hadir pada hari tersebut.Dengan ini saya mencadangkan usul seperti berikut :

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

* sila hantar keratan ini sebelum 13 Februari2015



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. wah.. bagus perkongsian ni.. sesuai untuk cikgu cekgu buat contoh.. heee

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ini boleh jadikan rujukan untuk mereka yang memerlukan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.