4Februari2015 : Anniversary ke-4
February 04, 2015
Alhamdulillah..harini 4/2/2015, genap la usia perkahwinan CN & Encik Suami yang ke-EMPAT. Diam tak diam, dah 4 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuh bersama sebagai suami dan isteri.
CN bersyukur sangat mendapat seorang SUAMI yang penyayang even luaran nampak sempoi dan kasar, tapi sangat romantik dan memahami. Almaklumlah, siapa lagi nak puji SUAMI kalau bukan ISTERI kan?
Sambutan ulangtahun ke-EMPAT ni jika tak ada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti ke tempat RAHSIA. Seperti tahun-tahun lepas, CN dan Encik Suami akan cuba mencari masa untuk bercuti sempena meraikan anniversary kami. Biar lambat, tapi tetap bercuti bersama untuk kembalikan mood romantik semasa honeymoon. Cuma sementara tunggu hari tersebut, kami cuma dating ke tempat candle light dinner masa couple dulu. Tapi kali ini dating bertiga sebab tak sanggup tinggalkan si comel bersama atuk. Rasa tak sedap hati jer kalau keluar tak bawak budak comel tu.
Baiklah..CN mohon pembaca semua doakan hubungan CN & Encik Suami kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah, pembaca blog CN dari hari ke hari makin meningkat bilangannya. Jika 1000 orang yang membaca entry ni doakan hubungan kami, InsyaAllah, benda yang baik juga akan berlaku kepada anda kerana jika kita mendoakan yang baik kepada orang lain, InsyaAllah, akan ada balasan yang baik juga.. Wallahhualam....
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
6 comments
Happy Anniversary kak zima.. sama dengan parent sha pulak anniversary date...
ReplyDeleteHappy Anniversary CN...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah
ReplyDeleteHappy anniversary CN..semoga jodoh kekal hingga ke jannah, Insha Allah
ReplyDeletebw here
ReplyDeleteNuffnangers who recently viewed your blog
Tahniah CN... Semoga berbahagia hga ke syurga..
ReplyDeletehepi nberseri seri uols
ReplyDeletesmoga bahagia hgga jannah amin
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.