Review Philips PerfectCare Aqua

January 05, 2015

Philips PerfectCare Aqua

Review Philips PerfectCare Aqua


Promosi Philips PerfectCare Aqua

Hari Isnin pertama di tahun 2015. Sepatutnya sesi persekolahan bermula pada hari ini, tetapi ditangguhkan ke minggu hadapan. Jadi CN pulun sepenuh hati meng'iron' baju untuk stok 2 minggu ! Pergh ! Memang marathon iron baju. CN tak suka iron baju hari2, membazir elektrik dan memenatkan. Biasanya CN iron baju untuk stok seminggu, kalu terlebih rajin, memang boleh sampai 3 minggu ! Hehehe

Jika dulu, iron baju memang memenatkan. Dah la panas berpeluh-peluh. Tapi kini, sejak menggunakan iron Philips PerfectCare Aqua, tugas menyeterika baju memang tidak lagi bikin stress! Walaupun harganya mahal ya ampun, tapi berbaloi dan pelaburan yang sangat berbaloi. Sebelum ini, CN menggunakan iron hadiah kahwin dari kawan. Kalau iron baju untuk stok 2 minggu, memang makan masa berjam. Lagi kalau iron baju batik cotton ! Pergh ! 20 minit tu kira hebatlah !

CN ni memang bercinta sangat iron baju batik. Nasibla kena pakai hari khamis jer, kalau pakai hari2..memang menangis nak iron! Tapi tu dulu... selepas menggunakan iron Philips PerfectCare Aqua, seronok pulak iron baju batik cotton. Iron tudung bawal pun terus terbentuk jadi. Memang best la ! Duit bonus nanti, boleh la borong batik cotton lagi. Best iron baju dengan Philips PerfectCare Aqua la katakan...

p/s: Dekat Lazada ada promotion iron Philips PerfectCare Aqua. Cepat2 grab..klik jer link lazada dekat kanan side bar blog ni jer untuk usyar..

Review Philips PerfectCare Aqua
Batik cotton CN yang berkedut seribu tunggu masa untuk di iron

Review Philips PerfectCare Aqua
Batik cotton dengan sekali langgar oleh iron Philips PerfectCare Aqua. Tu baru sekali, kalau dua kali terus cantik..kalau tak, jenuh tau nak iron batik cotton ni. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

4 comments

  1. Perghh....Iron mahal ni..lama dah bercita2 nak iron ni...anyway Acik klik RHB sikit..selamat mengajar..

    ReplyDelete
  2. heheh samalah tapi mak aje yang slalu guna yang ni. CT ske yang biase aje tapi kalo baju batik mmg haruslah guna yang ni.. kalo time mak ayah p sek kena pakai batik huurm mulalah da macam butik da gayanya..

    ReplyDelete
  3. nak beli jugak satu nak try test hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh menarik.. designnya pun cantik...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.