3 Langkah Menarik Perhatian Anak Untuk Mendengar
January 20, 2015
3 Langkah Menarik Perhatian Anak Untuk Mendengar
Jika permintaan atau cakap kita tidak dipedulikan oleh anak-anak, cuba perhatikan samada ketika kita meminta anak membuat sesuatu di waktu dia sedang khusyu’ membaca buku cerita dan sebagainya. Berikan sedikit waktu untuk mereka seperti..“Selepas Syafiq habis baca bab 5 tu.. tolong mama keluarkan sampah ye”. Jika anak masih tidak melakukan seperti yang kita suruh selepas habis bab 5, datang dekat kepadanya, buat hubungan mata, katakan dengan tenang dan ringkas. “Syafiq, sampah”. Mungkin pada ketika itu anak akan teringat apa yang harus dilakukannya.
.
Perhatikan juga samada anak berkemampuan atau tidak melakukan seperti yang disuruh. Adalah tidak logik meminta anak yang berusia 5 tahun mengangkat tong sampah yang berat yang hanya mampu dilakukan oleh anak-anak yang lebih besar.
.
Kadang-kadang untuk memudahkan anak-anak mendengar dan melakukan apa yang kita suruh, pertimbangkan untuk memberi pilihan kepadanya. “Syafiq boleh tolong mama siramkan pokok itu sekarang atau Syafiq boleh lakukannya selepas bermain bola nanti.” Jika anak membuat pilihan kedua, maka selepas bermain bola, kita wajar mengingatkannya sekali lagi. Jangan membebel kerana anak-anak mudah terleka dan terlupa lebih-lebih lagi apabila ada sesuatu yang lebih menarik perhatiannya.
.
Sumber : Ibubapa Cemerlang
p/s : CN tengah cuba kurangkan sikap suka membebel, anak laki memang tak suka dibebel ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
great sharing
ReplyDeletePerkongsian yg bermanfaat buat panduan ibu bapa. T kasih atas perkongsian CN..
ReplyDeleteHmmm.... great sharing..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.