Senaman Otak
December 09, 2014
Senaman Otak
Tugas harian yang sibuk menyebabkan kita sering berasa letih, lesu dan stress kerana otak bekerja dengan ligatnya. Lagi-lagi tugas seorang guru yang memerlukan penggunaan otak yang maksimum ! Seperti anggota badan yang lain, otak juga perlu bersenam untuk mengekalkan kecerdasan dan berfungsi dengan lebih baik.
Bagaimanakah caranya senaman otak ini?
Amat mudah ! Sediakan sehelai kertas dan 2 batang pen hitam dan biru. Pegang pen hitam dengan tangan kanan dan pen biru dengan tangan kiri. Conteng kertas dengan menggunakan kedua-dua tangan pada masa yang sama selama 3 minit. Apa yang anda rasa?
Percayalah selepas melakukan senaman otak ini, anda akan berasa tenang dan boleh kembali fokus kepada kerja. Sakit kepala akibat stress juga akan beransur hilang.
Selamat mencuba !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
thank you azimah for the tips..nanti kita cuba ya
ReplyDeletemenarik ni, nak cubalah...
ReplyDeleteWah.. Boleh cuba ni..
ReplyDeleteMmg menarik ni... thanks sharing CN.. :)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.