Resepi Apam Susu Gebu

September 19, 2021

Resepi Apam Susu Gebu

Resepi Apam Susu Gebu


Dah lama CN teringin nak buat Apam Susu Gebu ni. Geram jer tengok kawan2 duk upload gambo Apam Susu Gebu yang cantik dan awesome dekat fb. Tengah bercuti ni, inilah masa yang sesuai untuk menguji bakat masakan yang terpendam. Hehehe

Seperti biasa, dengan bantuan Cik Zaty yang cute, bertungkus-lumus la kitorang menyediakan Apam Susu Gebu untuk keluarga tersayang.

Bahan-bahan untuk Apam Susu Gebu ni sangatlah simple dan cara penyediaan sangat mudah ! Meh CN share Resepi Apam Susu Gebu untuk pembaca tersayang.


Resepi Apam Susu Gebu


Bahan-bahan :

4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar ovellete
3/4 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara penyediaan :

Blend telur, esen vanila, ovellete dan gula sehingga kembang, gebu dan putih. Kemudian 
masukkan susu pekat ke dalam blender dan blend lagi. Kemudian masukkan tepung dan kacau rata.
bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ikut suka hati anda. Masukkan bahagian
berwarna tadi ke dalam acuan ikut kreativiti anda. Kemudian kukus selama 45 minit sehingga masak.

Selamat mencuba !




Apam Susu Gebu sebelum di kukus.. menggoda tak?



Resepi Apam Susu Gebu
Bila dah potong, hah ! Cantik tak? Berbelang gituuw..sedap dan gebu tau !




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. mmg menggoda betul CN nih.. hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. tengah hujan hujan sejuk ni makan pepanas nikmaaaatnyee lahai.

    ReplyDelete
  3. sedapnya....nanti cuti sem nak cuba buatlah..dah la Yaya ni suka makan.. terima kasih CN kongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. tak breakfast lagi ni..sedap nyaaaa

    ReplyDelete
  5. wah cantik sgt2... sungguh menggoda.. mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  6. Mak kate,"Lawanya...."
    Siap kecikkan mata tengok dekat2 sebab x pakai spek mata.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, kenapa apam susu saya tak gebu? Rasanya sedap tapi tak lembut.

    ReplyDelete
  8. Suka apam susu. Tapi bila buat semedang ajer bantat🤣. Memanglah Syu tak ada skill.

    ReplyDelete
  9. Thank you for sharing this post and i hope keep posting.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.