Review : Hillcity Hotel & Condo
November 29, 2014
Hillcity Hotel & Condo Ipoh
Class trip 3KRK1 ke Ipoh tidak sempurna tanpa tempat penginapan yang selesa. Hillcity Hotel & Condo di Jalan Gopeng menjadi pilihan kami. Terletak berhadapan dengan Gua Sam Poh Tong dimana terkenal dengan tempat menjual limau bali di Ipoh dan cuma mengambil masa 3 minit dari exit Simpang Pulai.
Hillcity Hotel & Condo menawarkan pakej penginapan yang berbaloi serendah RM88 semalam! Bilik CN siap ada bath tub lagi, kemain seronok Irfan berendam. Hotel ini terletak di atas bukit menawarkan pemandangan yang indah. Walau bagaimanapun, bilik CN mengadap belakang hotel iaitu kawasan perindustrian, tak dapat cuci mata...huhu
Bagi CN, kemudahan yang ditawarkan untuk setiap bilik agak memuaskan berpatutan dengan harganya. Pakej kami termasuk dengan breakfast. Walau bagaimanapun, pilihan menu buffet untuk breakfast agak terhad. CN paling suka kopinya. Memang ummpp! Lupa nak tanya chef situ guna kopi brand apa..hehe
Ok, jika anda berkunjung ke Ipoh/Gopeng, bolehlah menginap di Hillcity Hotel & Condo untuk bajet yang rendah dan selesa.
Ruang lobi yang luas sambil melepak menunggu orang
Bilik yang selesa siap dengan bath tub lagi
Irfan yang lincah berlari ke sana ke mari
Ibu CN tak kalah bergaya di sisi replika bangunan hotel
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
6 comments
kalau bilik selesa, memang ok lah tu
ReplyDeletewow bilik murah ngan bath tub..berbaloi irfan berendam tu hehe
ReplyDeleteseronoknyer ...
ReplyDeletewahh bestnyer :D
ReplyDeleteSonoknyeee school trip
ReplyDeleteZaman sek lama da berlalu..
best la suit hotel tuu .. jelesss makk :) :)
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.