Perkembangan kanak-kanak 2 - 3 tahun

November 25, 2014

kanak-kanak 2 - 3 tahun

Perkembangan Kanak-Kanak 2 - 3 Tahun

Menjadi seorang mama kepada si kecik yang aktif memang menjadi idaman setiap wanita. Walaupun penat melayan kerenah si Irfan yang semakin aktif, itulah racun & madu buat CN. Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun 3 bulan umur Irfan. Baby ESP CN ni semakin keletah berkata-kata dan attention seeker di rumah ! Sangat2 manja..mungkin nak balas dendam sebab setahun dia menjadi anak weekend. Bila mamanya di depan mata, memang pulun habis2 buli mama ! Irfan..Irfan...

CN terjumpa artikel menarik tentang perkembangan kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun di Wannura Terapi. Nak share dengan pembaca tersayang dan sebagai rujukan untuk CN di kemudian hari. Senang tau nak cari apa2 semua ada dekat blog sendiri...hehe

Perkembangan Kanak-Kanak 2 - 3 Tahun

A. Perkembangan Fizikal
  • Sangat aktif, suka berlari dan melompat. 
  • Anak2 di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot2 sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang lama. Jadi sia2 saja kita minta mereka duduk diam. Yang lebih baik adalah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.
# Memang betul ! CN lebih suka membiarkan Irfan explore sambil kita guide dia. Kalau rasa bahaya baru kita halang. Hasilnya anak akan lebih berani dan dia akan tahu sendiri akan bahaya sesuatu benda. Contoh macam benda yang panas. Irfan tak kan pegang benda yang panas sebab dia dah tahu rasa sakit sebab panas. Takmo dengar cakap, CN biarkan je dia pegang..lepas tu pandai pulak cakap 'anash!'..ahaks~ 

B. Perkembangan Mental
  • Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah rasa jemu
  • Rasa ingin tahu kanak2 di tahap ini sangat tinggi. Ajar anak menggunakan pancaindera. Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman dan melihat pelbagai jenis haiwan.
  • Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata2 yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak seperti keselamatan, keadilan dll. Adalah lebih mudah menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh kehidupan seharian.
# Paling mencabar adalah bawa Irfan balik kampung. Perjalanan yang jauh memang membosankannya. Apa yang CN buat adalah sediakan permainan, makanan dan minuman secukupnya dan pastikan hp charge penuh untuk si kecik ni. 

C. Perkembangan Emosi
  • Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang
# Irfan sama dengan CN jenis yang ambil masa untuk bergaul dengan orang yang tak dikenali. Kira kategori bukan peramah la. Cuma bila dah kenal, barulah dengar suara Irfan menjerit-jerit main dengan kawan barunya. 

D. Perkembangan Sosial
  • Sifat dependent masih tinggi, namun kadang2 anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.
  • Egocentric. Kanak2 di tahap ini cenderung memperlakukan kanak2 lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain dengan kanak2 lain dalam erti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak2 lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti kanak2 lain.
  • Suka mengatakan 'TIDAK' dan memang dalam usia ini anak bersikap menentang. 
# Ayat Irfan untuk mengatakan TAKNAK adalah "NAU RAK" ! hehehe

E. Perkembangan Rohani (Spiritual)
  • Meniru tingkah laku orang dewasa. Sikap dan tingkah laku ibubap harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam seperti solat, berdoa sebelum makan dll.
  • Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian, mereka akan belajar bahawa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tetapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.
# Irfan bila melatah sebut "ALLAH" tau.. memang copy paste mamanya asyik melatah. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.