Ragam cikgu
September 13, 2014
Ragam cikgu.. perkongsian dari rakan di Kelab Guru Malaysia.
Ragam cikgu..
Ada yang kerja sikit, terlihat lebih di alam maya
Ada yang kerja banyak, bila dapat anugerah, yang lain terpinga-pinga
Ada yang kerja dari subuh, pulang lewat senja
Ada yang masuk sekolah waktu pekerja biasa tapi pulang ikut masa
Ada yang macam Chipsmore
Ada pula yang macam berumah di sekolah
Ragam cikgu..
Yang sekolah di luar bandar, anak murid hanya ada 5, kerja punyalah selesa..
Tapi di sekolah, Internet pun tiada
Yang sekolah di bandar gaji sama juga, anak murid sekelas macam tauhu sumbat
Beban kerja bertingkat-tingkat
Tapi sekolah, sebuat apa saja, semuanya dapat
Ragam cikgu..
Ada yang mengajar macam nak pergi berniaga
Ada yang mengajar hanya bawa sebatang pen sahaja
Ada yang mengajar macam anak sendiri
Ada yang mengajar macam anak tiri
Ada yang mengajar murid suka
Ada yang mengajar nak berleter sahaja
Ada yang suka murid pandai sahaja
Ada yang suka tolong murid lemah
Ada yang depan pentadbir dialah yang tahu segala
Ada yang diam dan buat kerja
Semua ragam ada
Itulah cikgu
Pergi pasar, orang panggil cikgu
Pergi hospital, orang panggil cikgu
Pergi kenduri, orang panggil cikgu
Dah mati pun, orang panggil "arwah cikgu"
Buat baik, orang panggil cikgu
Buat jahat pun orang panggil cikgu
Mulianya kerja cikgu
Hidup mati tetap cikgu !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
cikgu ni serba boleh...tp kalu salah skit, kontroversi pun lebih
ReplyDeleteorg panggil abe kie 'sir'...
ReplyDeleteBukan senang kerja cikgu ni. Tak semua orang boleh buat ;)
ReplyDeletekerja cikgu ni bagus, smpai ke tua pon org akan tetap kenang..
ReplyDeletesebut je kan.. taw dah apa pengorbanannya..:)
Kerja guru ni mencabar.. lebih2 lagi dlm zaman skrng ni...
ReplyDeletebetul tu cikgu hehehe ;p
ReplyDeleteTetiba tingat puisi pak hamka..
ReplyDeletetetiba t'motivate blek nk jadik cikgu.. tp, tp, tp,
ReplyDeletelahaiii konpius
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.