Perlukah menegur orang dengan niat menjatuhkan maruah?

September 06, 2014


Salam jumaat

Manusia biasa macam kita sering kali melakukan kesilapan.Kesilapan ini kadang2 tidak disedari sekiranya tiada sesiapa yang menegur.Tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukan apa yang ditegur kerana sifat EGO. Bukan ego yang menjadi topik, tetapi adalah motif menegur. 

Jika motif menegur seseorang untuk tujuan penambahbaikan, amat dialu-alukan. Tetapi bagaimana jika motif menegur seseorang itu adalah untuk menunjukkan kehebatan diri dari orang yang ditegur itu? Perlukah menegur orang dengan niat menjatuhkan maruah?

CN agak open minded. CN boleh terima teguran asalkan kena pada tempat dan tidak menjatuhkan maruah CN dihadapan orang lain. Kalau si penegur, menegur kesilapan CN dihadapan orang ramai, bukankah itu telah menjatuhkan maruah CN?? Apakah niat sebenar si penegur?? Adakah untuk membetulkan kesilapan CN atau hanya untuk memalukan CN dan menunjukkan dirinya hebat??

Alahai..sakitnya hati bila tahu ada seorang hamba Allah yang senantiasa mencari kesilapan CN dan mencari peluang untuk menegur kesilapan CN dihadapan orang ramai dengan niat untuk menunjukkan dirinya hebat! Perlukah menunjukkan kehebatan kita dengan menjatuhkan maruah orang?

CN minta maaf sebab entry kali ni agak emosional. Dah lama CN sabar dengan hamba Allah yang 'hebat' ni. Bagus sekiranya anda seorang yang hebat. Tetapi amat malang jika anda menggunakan kehebatan anda untuk memalukan orang lain dan menjatuhkan maruahnya semata-mata untuk menunjukkan anda hebat. 

Dalam Islam sendiri telah memberi garis panduan cara untuk menegur orang.

3 faktor berikut perlu diambil kira sebelum menegur:

1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur
2. Waktu yang sesuai untuk menegur
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.

Dalam masalah CN sekarang ni, hamba Allah tersebut tidak mengambil kira 3 faktor tersebut. Dia menegur CN dengan cara merendah-rendahkan kredibiliti CN sebagai seorang guru. Waktu yang ditegur juga tidak sesuai kerana ketika itu pelajar dihadapan CN dan mereka melihat CN ditegur. Bukankah itu telah menjatuhkan maruah CN dihadapan pelajar? Hamba Allah itu juga tidak memahami kedudukan CN ketika itu. Memang diakui, benar apa yang ditegur. Tetapi dia tidak memahami masalah yang CN hadapi semasa situasi tersebut. Faham ke? Inilah padahnya bila menulis entry ketika emosi tidak stabil....waaaaa 

"Ya Allah, berikan kekuatan kepada CN untuk menghadapi kerenah hamba Allah ini. Sejukkan hati dia terhadap CN. Singkirkan perasaan sentiasa tidak kena pada CN dalam dirinya. Amin...."


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

22 comments

  1. Assalammualaikum CN,
    hani pernah merasa seperti ini..
    paling teruk bila di malukan sendiri depan kawan2..
    nak menegur, boleh..tapi biarlah kena pada cara dan menjaga hati kita..

    kalau hanya menegur, tnpa memalukan takpe juga, ini smpai keterlaluan.
    hani harap CN banyakkan bersabar... hani penah rasa apa yg CN rasa sekarang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,lgsung xjg hati org,mmg sedey..masalahnye asyk cn je,tak tau la apa slh cn dkt dia

      Delete
  2. Saya adalah salah satu mangsanya

    ReplyDelete
  3. sabar ye CN...akak pun pernah jugak terkena macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih bersabar lg ni dear..kalau tak,mmg dh meletop

      Delete
  4. memang ramai jer orang macam ni CN...konon nak tegur orang... tapi nak jatuhkan sebenarnya... ibarat diri tiada cacat cela... ignore...cause it ain't worth it...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh byk kali ignore,masih bersabar dan akan cuba bersabar

      Delete
  5. Setuju CN.. menegur bole, tak salah pun tapi biarlah kena dengan masa, tempat dan keadaan yang sesuai. Jika seseorang itu menegur kita dengan tidak berhemah, beliau telah menjatuhkan harga diri sendiri sekaligus menunjukkan tahap profesionalisme yang rendah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,klau cn melenting menunjukkn cn tak profesional,so diam je,biar dia sorg tunjuk hebat,lama2 org sekeliling dia akn menyampah gak

      Delete
  6. sabaq cn..dugaan utk cn..huhu..mungkin jugk 'org' tu x sedar dia tegur cn dgn cara yg salah..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekali mybe dia xsedar,ni dh byk kali,dh tegur cn,lps tu dgn bgga tuk mengutuk cn dgn kwn2 dia,alahai...

      Delete
  7. Sabar CN..sebab dia rasa CN lebih hebat, so orang macam tu akan sentiasa mencari kesalahan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cn bukan orang yang hebat dear...byk kelemahan..

      Delete
  8. sy dapat rsa kan choiii sgt org tu kan..sabar ek CN

    ReplyDelete
  9. Tak guna menegur klu ia hanya membuka aib org.. Allah pun tak suka.. astagfirullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..bkn cn sorang jer yang menjadi mangsa, dah ramai..harap hamba Allah tu sedarlah diri ..

      Delete
  10. mmg perit bla berhadapan dgn situasi mcm ni.. kalau ikut amarah, mmg nk lempang je..tp pengakhirannya apa yg kita dpt? zero...sabaq noh CN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, kalau dilayan mmg tak kemana sebab orang macam tu dia jer yang betul, cn cuba bersabar dan doakan semoga cn mampu bersabar ;)

      Delete
  11. Allahu Akbar.. Dia ada masalah jiwa tu.. Moga dia sedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, semoga pintu hati dia terbuka untuk menilai diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain

      Delete
  12. org begitu melakukannya kerana merasakan diri hebat ....

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.