6 Kelebihan Tidur Siang
September 19, 2014
6 Kelebihan Tidur Siang
Tidur siang yang sihat adalah antara jam 1.00 - 3.00 petang yang tidak melebihi 45 minit. Jika berlebihan, ia akan menyebabkan bangun dengan kepala berat dan badan menjadi lesu. Tidur siang adalah agenda WAJIB CN setiap hari bila balik sekolah. Memang letih bila balik sekolah. Lepas tidur, confirm badan rasa segar dan boleh buat tugas sebagai surirumah dengan hati yang riang ! Chewah !
Baiklah, disini CN ingin berkongsi dengan anda 6 Kelebihan Tidur Siang dari Majalah Aisyah Edisi Ke-2.
6 Kelebihan Tidur Siang
1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN
: Satu kajian menyatakan bahawa tidur siang selama 45 minit dapat meningkatkan daya ingatan. Peningkatan daya ingatan ini terjadi dalam fasa slow wave sleep atau tidur gelombang pendek yang terjadi ketika tidur siang
2. MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
: Tidur siang dapat melindungi otak dari pengolahan informasi secara berlebihan dan membantu menyusun informasi yang baru diterima. Ia dikesan akan meningkatkan konsentrasi dan lebih produktif di tempat kerja di samping dapat menurunkan tekanan darah. Jadi kepada anda, jika rehat sejam tu, curilah masa sikit dengan tidur yang sekejab yer.
3. MENGUBATI INSOMNIA (GANGGUAN TIDUR MALAM)
: Kajian mendapati bahawa orang yang tidur siang selama 15 minit akan berasa lebih fokus dan kurang mengantuk walaupun kurang tidur pada waktu malam. Ini kerana 1 minit tidur pada waktu siang bersamaan 45 minit tidur pada waktu malam!
4. MENURUNKAN STRES
: Satu kajian di Jerman menemukan bahawa ketika sekumpulan juruterbang yang tidur kurang dari tujuk jam sebelum bertugas, kadar kortisolnya meningkat secara signifikan dan bertahan selama 2 hari. Namun ketika berhasil tidur siang sebentar, kadar kortisol berkurang separuhnya.
5. MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG
: Saintis Grece mendapati tidur siang yang pendek selama 20-40 minit boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke. Tidur siang selama 30 minit 3 hari seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut sebanyak 37%.
6. MEMBANTU BANGUN MALAM
: Imam Al Ghazali menyatakan " Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor. "
Sumber : Ustaz Hj. Rusydi Al Jauhari (Pengasas dan Ketua Penasihat di Usrah Fitrah)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
10 comments
kalau lme sgt tido siang nnti mlm susah nk tido
ReplyDeletekalau MG la ..huhu :)
wahh, bgus ye tidr siang ni... paling suka no 4 tuh..
ReplyDeleteoo lau cam tu kena set lah time tido siang kul 1-3 hehe
ReplyDeletedekat negara barat depa mmng amalkan tido siang ni dlm 30min sekurang2 nya...
ReplyDeleteterima kasih CN join segmen anjuran KArya MAhirah tu
ReplyDeleteOhh..baru tahu ada baiknya jugak tdo siang ni yek
Kalaulah dapat tidur siang sekali sekala, memang best rasanya. Ini tidur malam pun tak cukup kadang-kadang apatah lagi nak tidur siang :)
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian ini CN.
ReplyDeleteni yang orang panggil khailullah kan.. sebenarnya dulu time duduk asrama slalu jugak practice ni. eventho hanya 45 min tapi bila terjaga rasa dah tido lama. fresh saja nak pegi prep..
ReplyDeleteSy jrg tidur siang kecuali kalu betul2 letih...
ReplyDeletesetepek kna kt muka . hadoii
ReplyDeletehahaha
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.