Selamat Hari Lahir Yang Kedua Irfan Hensem !
August 17, 2014
Irfan ku sayang...
Pejam celik pejam celik, telah 2 tahun umur kamu. Kini pelbagai ragammu yang menceriakan hidup mama dan ayah. Tak sangka, terlalu banyak sikapmu yang mirip mama. Sampaikan gaya marah pun macam mama! Memang anak mama sejati... hehehe
Irfan ku sayang...
Walaupun kamu tidak memahami apa yang ditulis masa masa kini, namun mama percaya bila kamu dewasa, kamu akan tersenyum membaca nukilan mama yang sememangnya tidak pandai berkata-kata. Almaklumlah, mama kamu ni bukan cikgu bahasa melayu.
Irfan ku sayang...
Mama berdoa semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada mama&ayah dan sentiasa hormatkan orang tua. Ingatlah sayang, tiada guna pendidikan tinggi jika kita tidak berbudi bahasa dan menghormati orang yang lagi tua.
Irfan ku sayang...
Selamat hari ulangtahun yang kedua. Semoga kamu membesar menjadi anak kebanggaan mama & ayah. Mama sentiasa mendoakan anak mama yang sulung ni akan menjadi imam kepada jenazah mama bila mama tiada nanti. Itu pun jika umur mama panjang..InsyaAllah.
~ Salam sayang dari mama ~
CN
5 comments
Alhamdulillah.. Selamat hari lahir irfan...
ReplyDeleteSelamat hari lahir irfan..
ReplyDeletehappy belated birthday ensem boy...irfan..
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat Irfan... semoga sentiasa ceria & diberkati kehidupan sekeluarga... aamiin.. :)
ReplyDeletennti irfan dh 4 tahun, dya ckp cmnie lak 'mama nie, asyik depan laptop jer' [sambil buat muka comel] hahaha
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.