Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

August 31, 2014

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Blogger Malaysia merupakan individu yang penting dan sering menjadi 'rujukan' untuk apa-apa permasalahan. Ini kerana, di zaman "Google semua benda"..blogger adalah individu yang sering dijadikan rujukan. Sebagai seorang Blogger Malaysia, CN bertanggungjawab untuk melahirkan rasa cinta pembaca blog cekgunorazimah.com akan Malaysia. Walaupun negara masih bersedih atas MH17, janganlah dilupa akan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-57. CN agak terkilan dengan sambutan kemerdekaan tahun ni yang agak suram. Sukar untuk melihat kereta di atas jalan raya mengibarkan Jalur Gemilang seperti tahun-tahun lepas. 

Jika di sekolah CN, cuma beberapa kereta cikgu sahaja yang diletakkan Jalur Gemilang . Kenapa?? CN juga bersimpati dan bersedih akan MH17, tapi Jalur Gemilang masih berkibar megah di setiap kereta di rumah. Encik Suami lagi dasyat dengan mengibarkan Jalur Gemilang saiz besar di belakang Hilux. Memang gagah perkasa ! 

Ayuh rakyat Malaysia....masih ada masa untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang di kereta dan rumah anda. Tunjukkan rasa cinta anda pada Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang


~ Salam Kemerdekaan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. selamat menyambut kemerdekaan :D

    ReplyDelete
  2. Ada banyak saya nampak di kwsn sy yg menepek jalur gemilang di kereta mereka. Saya sendiri tak letak di kereta sebab suami tak izin berlebih2an katanya. So sy just letak di header blog dan join mn2 segmen yg mudah je. Komitmen guru akka blogger juga memainkan peranan dlm melahirkan rasa cinta pd negara kita. Buat sekadar termampu je kan cikgu? Good luck ya ^__^

    ReplyDelete
  3. Salam kemerdekaan CN... merdeka!!!

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya CN. Di sini lahirnya sebuah cinta.

    ReplyDelete
  5. haha! jgn lupa incik Bumble Bee sklai , dya pun msti mau jugakk :P

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.