Program Masih Ada Yang Sayang

July 12, 2014


Program Masih Ada Yang Sayang : Chewah ! Suka hati jer CN bagi nama! Sebenarnya ni program bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dan anak yatim sempena Ramadhan Al-Mubarak anjuran JKKKP Kampung Jenjarom, NGO serta orang perseorangan. Alhamdulillah, program bantuan ini merupakan program tahunan JKKKP Kampung Jenjarom. Sebelum ini, arwah mak mertua antara yang paling sibuk pada bulan puasa dengan pelbagai program anjuran WANITA UMNO. CN tak dapat ikut program2 tu sebab duduk kat KL, tapi alhamdulillah, tahun ni dapat tukar sekolah, berpeluang ler CN join program2 yang pelbagai dalam Kampung Jenjarom. 


Walaupun arwah mak mertua dah tak ada, ayah mertua CN antara orang kuat JKKKP Kampung Jenjarom. Jadi dapat la CN ikut geng orang laki dalam misi bantuan Masih Ada Yang Sayang. Seronok bila dapat ikut program macam ni. Terasa bersyukur sangat dengan apa yang ada sebab masih ramai lagi yang kurang mampu dan hidup dalam kedaifan. Selain program Masih Ada Yang Sayang, program berbuka puasa bersama anak-anak yatim turut diadakan oleh JKKP Kampung Jenjarom. Tapi CN tak berkesempatan untuk join. Buat pembaca blog CN yang tersayang, bersama-samalah kita memperbanyakkan sedekah dan meningkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini Ramadhan al-mubarak, insyaAllah...

Penutup entry, beberapa gambar sempena program Masih Ada Yang Sayang dari lensa CN. 

Pemberian sumbangan kepada penerima oleh antara orang kuat program iaitu Abang Omar (kiri) dan Pakcik Munir (kanan)

Ayah mertua CN bersama Irfan ketika melawat nenek saudara yang sakit yang juga antara penerima sumbangan

Iklan : Rambut baru Irfan hasil kerja Encik Suami, geram jer rasa. Macam nak potong jer ekor tu !


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~ 

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah... semoga beroleh keberkatan atas usaha yg murni ini.. aamiin.
    p/s: sempoi rambut tu.. :)

    ReplyDelete
  2. program yg sgt bagus
    tahniah

    ReplyDelete
  3. bagus program.nih diadakan...mengeratkan silaturrahim di samping membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear,dpt la CN kenal lg ramai org ...

      Delete
  4. best kalau dapat join program sebegini :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.