Angullia Beach Resort Marang, Terengganu

June 16, 2014

Angullia Beach Resort Marang

Angullia Beach Resort Marang

Terletak di Marang, Terengganu dan berhadapan dengan Pulau Kapas. Resort yang selesa dan sesuai untuk aktiviti family day. Yang paling penting, mempunyai pantai yang landai dan bersih sesuai untuk si kecil mandi sepenuh hati pagi dan petang bersama mama kerana si ayah sibuk mencari rezeki mencandat sotong

Cuti kali ni CN berkesempatan mengikut Encik Suami bersama geng pasar malam berkonvoi ke Terengganu ! Sebelum ni Encik Suami n the geng pernah konvoi  ke Terengganu untuk mencandat sotong, tapi CN tak dapat join sebab dorang buat masa hari kerja. Dah la dekat skolah lama susah nk apply cuti, tak dapat la CN join. Tapi kali ni CN dah paksa Encik Suami plan masa hari cuti, kalau dorang buat hari kerja gak, memang Encik Suami DILARANG PERGI ! huhu.. Ok, berbalik kepada Angullia Beach Resort yang best tu. Serius CN memang berpuas hati dengan facilities di sini. 

Masuk jer ke Angullia Beach Resort, anda akan disajikan dengan lanskap yang cantik. Cuma jalan agak kecil menyukarkan kereta gemok2 untuk lalu di situ. CN sampai ke Angullia Beach Resort pada petang ahad. Terus check in ke bilik sementara sebab kami datang awal dari geng2 lain. Bilik yang ditempah awal hanya boleh check in pada keesokan harinya. Its ok, asalkan ada bilik untuk tidur. So nombor bilik adalah 16 (rujuk peta dibawah) berharga RM100 semalam. Ada beranda dan berhadapan dengan taman dan playground. Serius tak jejak kaki ke playground sebab mandi pantai lagi best ! Hehehe. Esoknya, check in ke bilik sebenar kami iaitu nombor 29 berharga RM160 semalam. Bilik ni lagi luas dan ada 2 katil beso. Malam Encik Suami pergi mencandat sotong, CN dan Irfan tidur sorang 1 katil ! 


[ Bilik Nombor 16 ]
Angullia Beach Resort Marang
Irfan landing di katil sambil melentokkan kepala tanda comel

Angullia Beach Resort Marang
Beranda depan bilik bertangga tinggi menyukarkan Irfan untuk berlari gembira. Pokok kelapa depan bilik pun agak menggerunkan untuk parking kereta. Pastikan tiada buah kelapa yang tua jika anda memarking kereta dihadapan bilik. 

[ Bilik Nombor 29 ]
Angullia Beach Resort Marang
Berjiran dengan 29A iaitu bilik bff Encik Suami. 

Angullia Beach Resort Marang
Setakat ni CN tak pernah pegi hotel atau resort yang provide hanger dengan banyak. Inilah keistimewaan Angullia Beach Resort

Angullia Beach Resort Marang
Berbaloi dua malam di bilk beso ni. Memang selesa !

Angullia Beach Resort Marang
Beranda yang selesa untuk si kecil bermain-main. Kat beranda ni gak la tempat kitorang menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut disapa angin pantai yang sepoi2. 

Angullia Beach Resort Marang
Irfan berdiri gagah sambil perut buncit ke hadapan ! Hehehe

Angullia Beach Resort Marang
Pantai yang cantik berhadapan dengan Pulau Kapas

Angullia Beach Resort Marang
Haruslah bergambo..huhu

Angullia Beach Resort Marang
Angullia Beach Resort Marang
Kami di Angullia Beach Resort!
 Angullia Beach Resort Marang
Mama2 bersama anak2 yang aktif, cergas & cerdas ! Huhuhu


Angullia Beach Resort Marang
Encik Suami, Irfan, Abang Ami (bff Encik Suami) & Adam. Irfan & Adam sebaya, tapi Adam tinggi ikut papa dia. Irfan 'comel' ikut ayahnya ! Hehehe

Tempah resort Angullia di Agoda


Peta Lokasi ke Angullia Beach Resort Marang

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. kalau kat terengganu memng mencandak sotong mcm aktiviti wajib

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat candat sotong..

    ReplyDelete
  3. salam CN
    suka gak negeri Terengganu..selain makanang beh beh..lauknye nyamang dang cantek sokmo..hakhakhak

    ReplyDelete
  4. Wahh... pengalaman yg menyeronokkan bila dpt jenjalan berkumpulan ramai2 mcm ni.. :) :)

    ReplyDelete
  5. wah, bestnya cikgu.. tak pernah lagi gi Terengganu.... belum ada rezeki lagi..insya allah, satu hari nanti...

    ReplyDelete
  6. murah gak ek harga bilik nya....msti panas kan..aritu gi panas bedenting!

    ReplyDelete
  7. wah bercuti dapat chalet tepi laut best tu. mendamaikan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.