Apa ada pada tudung berjenama mahal?
May 07, 2014
Salam mesra..
Lama sangat rasanya CN tak terjah blog Meriahuoll, ala...blog Kak Senduk yang sempoi tu ! Kalau baca blog Kak Senduk ni, mmg berdekah-dekah ketawa sebab kesempoian dan ke'telus'an penulisannya. Banyak2 entry, CN terpikat dengan entry Anak Makcik Paridah Buat Hevoc. CN setuju dengan pendapat Kak Senduk tu. Soalan CN di sini :
Adakah tudung berjenama mahal mampu meningkatkan status si pemakai?
Adakah tudung berjenama mahal mampu membuat si pemakai bertambah cantik?
Adakah tudung berjenama mahal mampu memenuhi tuntutan syariat?
Jika sebelum ni, kecoh dengan tudung Ariani yang paling murah pun kalau lepas diskaun RM60. Kini tudung Fareeda pula menjadi tumpuan apabila ramai orang sanggup berkhemah tunggu turn nak masuk butik ! Memang dasyat ! Serius, CN masuk butik Ariani pun takut2, memang tak pernah lagi lalu depan butik Fareeda ni.
Apa pun pilihan anda, sama ada tudung berjenama mahal atau tudung pasar kemboja, itu hak anda. Bagi CN, asalkan berkenan di hati dan selesa di pakai, harga bukan ukuran. Untuk penutup entry, layan jela tudung bawal ala Fareeda dari CN ! hehehe..
~ Setuju dengan entry ini ? Klik G+ & LIKE fb ~
15 comments
dalam hal ni, masing-masing ada pilihan tersendiri.. tak kisahlah ada jenama atau tak ada jenama.. ikut individu tu sendiri. setengah orang sanggup berhabis untuk beg tangan, sesetengah pula sanggup berbelanja besar untuk kasut, dan begitu juga sesetengah orang lebih kepada tudung. tak salah pun sebenarnya.. :)
ReplyDeleteikut kemampuan..lau gaji 10K x kisah kot nak beli tudung mahal haha
ReplyDeletecam k.el lagi murah lagi jimat ekeke..janji lawa dan selesa untuk dipakai
n menutup aurat :)
Tudung bawal juga tetap dihati ku..hehehe
ReplyDeletemahal atau tidak, pemilihan kita yang menampakkan mahal ye tak? tapi mahal di mata Allah SWT itu lebih berharga...
ReplyDeleteikut kemampuan.tapi kalau aakak,tudung mahal sangat taklah akak beli..macam sayang pulak beli sampai beratus2
ReplyDeletetdung bawal je ..bila pakai rasa umur 16 je . hehe :P
ReplyDeleteikut kemampuan kan
ReplyDeleteTudung mahal atau murah Allah tak nilai.. Yg Allah nilai ialah kesempurnaan menutup aurat...
ReplyDeleteTudung mahal pon tapi tak menepati syariat, tak boleh jugak kan.. Tapi tak apalah siapa yang rasa mampu tu dan nak merasa pakai tudung mahal. Hehe..
ReplyDeleteMurah atau mahal bukan la ukuran.. mahal pun nampak murah kalau tak kena gayanye..
ReplyDeletesaya ni lebih selesa pakai bawal biasa je kak/... heheh
ReplyDeletebtw , isi tabung vanish sini
niesa lebih suka tudung murah dan cantik di mata sendiri..nk beli tudung mahal2 mmg xla..membazir je..huhuhu
ReplyDeleteX perlu yang mahal, yang murah pun boleh nampak mahal kalau kena gayanya... :)
ReplyDeletealamak, sy x cuba lagi tudung bawal ala fareeda lagi. cantik je CN pakai
ReplyDeleteisu tudung fareeda nie memang meletup kejap..hehehe..tapi sampai sekarang sy tak boleh nak cam jenis2 tudung nie..hehehe..menabung vanish sini..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.