7 warna serlahkan pesona anda !

May 04, 2014

7 warna serlahkan pesona anda

Salam mesra..

Wanita dan warna tidak dapat dipisahkan. Setiap minggu CN akan duduk termenung depan almari untuk pilih baju apa yang akan dipakai untuk minggu tersebut. Dan setiap baju pastinya mempunyai pelbagai warna. Di sini CN ingin berkongsi dengan anda 7 warna serlahkan pesona anda mengikut hari. 

1. Isnin : Anda disarankan untuk mengenakan pakaian atau aksesori berwarna putih. Warna ini lambang kesucian rohani. Pemakaian warna putih akan membuatkan anda berapa suci murni untuk memulakan hari anda !

2. Selasa : Apa salahnya anda memilih warna merah jambu atau pun ungu. Dua warna ini mewakili kasih sayang dan tumpuan.

3. Rabu : Pilih warna biru kerana ia akan mendorong anda berfikiran rasional dan membuat keputusan yang tepat.

4. Khamis : Apa salahnya anda memilih warna ceria seperti kuning atau oren. Baju batik kaler kuning memang cantik! Ini kerana warna ini akan memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

5. Jumaat : Warna hijau sesuai untuk jumaat. Ia memberi ketenangan diri dan kembalikan keseimbangan emosi, rohani dan jasmani.

6. Sabtu : Hidupkan hari anda dengan warna merah kerana ia membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai.

7. Ahad : Untuk hari penutup, pilihlah warna hitam untuk merehatkan minda, emosi dan fizikal.


~ Sharing is caring by Click G+ & LIKE fb ~

You Might Also Like

5 comments

  1. pernah jugak dengar masa gi satu kursus dulu..

    ReplyDelete
  2. alamak! dah tesalah kaler la hari ni..tepakai maroon plak ;p

    ReplyDelete
  3. nice sharing... ai mmg ikut pnduan ni pun.. hehe.

    ReplyDelete
  4. sy pakai baju ikut sempat je...yg penting,setiap hari warna lain2.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.