6 Tindakan BAHAYA Selepas Makan
April 27, 2014
Salam mesra..
Perut kenyang selepas menjamu selera adalah waktu terbaik untuk bersantai, namun tahukah anda terdapat beberapa amalan yang di LARANG selepas makan. CN berkongsi dengan anda 6 tindakan bahaya selepas makan yang dipetik dari akhbar Harian Metro 10/4/2014.
1. Jangan Merokok
: Pakar membuktikan merokok selepas makan adalah sama seperti menghisap 10 batang rokok. Oleh itu, kemungkinan menghadapi kanser adalah tinggi.
2. Jangan makan buah-buahan serta-merta
: Bukan bermakna tidak boleh makan buah tetapi adalah lebih baik jika mengambil buah-buahan dalam jarak masa antara satu hingga dua jam selepas makan. Hal ini untuk mengelakkan perut kembung dengan mudah. Namun jika buah diambil terlebih dahulu daripada makanan utama, ia mudah melawaskan makanan kelak.
3. Jangan minum teh
: Teh mengandungi asid tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan menjadi keras dan sukar dihadamkan.
4. Jangan berjalan selepas makan
: Orang selalu kata, selepas makan berjalan 100 langkah dan anda akan hidup hingga 99 tahun, namun sebenarnya tanggapan itu tidak benar. Berjalan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada pengambilan makanan kita. Adalah lebih baik untuk merehatkan perut seketika dan memberi laluan untuk proses penghadaman lebih lancar.
5. Jangan mandi
: Mandi adalah satu kemestian tetapi perlu tahu masa yang sesuai. Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah.
6. Jangan tidur dengan segera
: Makanan yang diambil tidak dapat dicerna dengan betul sekiranya anda mengambil keputusan untuk terus tidur. Gangguan proses pencernaan ini sekali gus berisiko membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
baru tahu je info nih,thanks for sharing cikgu. lepas ni,bolehlah praktikkan. :D
ReplyDeleteowh! bru tau thanx for sharing...
ReplyDeletesalam CN..sebenarnya dalam islam, makan buah2an adalah sebelum makan, bukan selepas makan, yang jangan mandi tu kalau ikut petua org tua2, memang tak elok, nanti perut jadi buncit.
ReplyDeletesatu perkongsian yang menarik dan wajar diikuti..
ReplyDeletemiza selalu makan buat lepas makan..wuhuhu
ReplyDeletex mo buat dah lee..
Nice sharing..tpi kdg2 terbuat juag..
ReplyDeleteinfo yang berguna..boleh tegur en.suami lepas ni kalau die merokok lepas makan..hehe^^
ReplyDeleteTak boleh minum teh lepas makan ye..baru tahu CN..pas ni tak nak buah air teh..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.