4 perkara yang anda perlu tahu tentang UNIMAS
April 14, 2014
Salam mesra..
UNIMAS atau nama penuhnya Universiti Malaysia Sarawak menyimpan 1001 kenangan dalam hidup CN. Empat tahun disini berjaya mengubah CN dari seorang gadis kampung yang lembut ayu gituw menjadi seorang CIKGU yang awesome ! Chewah ! Bila ditanya kepada students CN, tahu tak di mana UNIMAS, pasti dengan konfiden akan jawab di Sabah ! Memang ramai student confius antara UNIMAS dan UMS. CN tak kira, dalam entry ni CN akan promote habis2 UNIMAS sebab dekat sini BESTTTT !
4 perkara yang perlu anda tahu tentang UNIMAS :
1. Sebelum berpindah ke kampus baru yang amat canggih, kampus lama UNIMAS merupakan binaan kayu yang seolah-olah chalet. Serius, masa first time datang ke sini, CN kena tipu dengan abang2 dan akak2 fasi, dorang cakap nak ke UNIMAS kena naik bot. Bila dah sampai, CN tanya la, mana bot nyer? Dorang cakap tu..ada dekat tasik tu ! Sambil tunjukkan dekat 2 tasik di kampus lama UNIMAS ! Hampeh ! Tapi memang di kampus lama, bangunan kayu yang sangat unik di kelilingi pokok2 besar. Tenang jer...
2. Dianugerahkan status Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 17 November 2003. Anugerah tersebut diberikan di atas peranan dan keupayaan UNIMAS di dalam membangunkan tenaga kerja untuk MSC dan keperluan yang berkaitan, melalui pembelajaran strategik dan program2 latihan di sini.
3. Telah memenangi Premiere Information Technology Award daripada Kerajaan Malaysia di dalam Anugerah AFACT eAsia di dalam kategori "Merapatkan Jurang Digital". Telah memenangi juga Industry Innovators Award for System Development and Application dari Persatuan berasaskan satelit Profesional Antarabangsa (SSPI) bagi kejayaan dalam menubuhkan telecentre di dalam komuniti terpencil di Bario, Sarawak untuk membantu masyarakat dalam komunikasi, pendidikan, e-dagang, kesihatan dan perkhidmatan kerajaan. Fuh ! Bangga beb, CN graduate Pendidikan Sains Komputer, satu-satunya kursus pendidikan Sains Komputer untuk 27 orang pelajar yang 90% adalah CIKGU sekarang!
4. Mempunyai library yang besar gedabaq ! Tak percaya ? Boleh google gambar library UNIMAS. Di sini lah tempat CN 'melepak' mencari bahan dan menyiapkan assignment selain 'mencuci' mata melihat abang2 hensem! Ops !
Akhir kata, layanlah beberapa gambo CN ketika di UNIMAS. Banyak gambar yang tidak sempat diselamatkan sebab laptop hilang dicuri manusia durjana ! Huh !
Gambo first year yang sangat2 suci ! Hehehehe
Budak nakal berselfie dengan webcam sedangkan lecturer yang hensem sedang bercakap2 di belakang ! Ahaks ~
Selfie lagi ! Inilah keje kitorang kalau bosan..
Bersama-sama grup member semasa present project yang awesome ! Pakai tie tu adalah lecturer kitorang yang sporting tau..lupa lak namanya..hehe
Selfie lagi dalam lecturer hall !
Berlatar belakangkan Menara Unimas..apartment belakang tu tingkat 3 nombor 2 dari kanan adalah Rumahku Syurgaku di UNIMAS
CN ketika menjadi fasi semasa German Day masa tahun akhir. Kemain lagi join macam2 program masa tahun akhir sebab banyak masa free ! hehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
Comehnye... Kenangan yg indah kn.. :)
ReplyDeleteItulah..kenangan yg patut dkenang ;)
Deleterasa tak sabar pulak miza nak masuk u nnti,
ReplyDeletetgok gmbr2 cn ni..tapi..
nevess la puleeee rasee..hihiii!
Unimas best tau,its ok,mula2 mmg nervs,lama2 ok la ;)
DeleteAlahai comei je... Still x berubah ea wpun dh beranak satu.. Maintain comell... Hehe
ReplyDeleteHehe..maintain mesti mau! Ahaks~
Deletelorr..senior timm ghupanya..lecturer atas tu Mr Jonathan Sidi..hehe..
ReplyDeleteaha, mr jonathan, serius lupa nama dia ! hehe..btw, FIT paling ramai lecturer hensem+muda..hehe
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.