Kalau aku buat DOSA

March 08, 2014


Kalau aku buat DOSA....

  • aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat
  • aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati
  • segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan
  • perkara ketaatan diharamkan daripada diriku
  • aku diharamkan daripada mendapat keberkatan
  • terasa sempitnya dadaku
  • aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi
  • dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku
  • sedihnya apabila Allah menghina diriku ini
  • hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku
  • bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku
  • hanya kehinaan yang layak buat diriku
  • hatiku dipenuhi dengan titik2 hitam
  • aku diselubungi kelaknatan
  • doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan
  • aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan
  • perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku
  • tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah
  • diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi
  • aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah
  • pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk
  • akhirnya, azab dan siksaan Allah menantiku di akhirat
  • Ya Allah, aku ingin bertaubat..... Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan....
(Rujukan : Ibn al-Qayyam, al-Da'wa al-Dawa')


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. assalam,

    salam ziarah dari Bunda....terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. mintak ampun selalu..
    allah maha pengampun

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CN... semoga Allah melindungi kita. Allahurabbi...

    ReplyDelete
  4. Aallahurabbi.. Nice sharing cikgu.. Muhasabah diri kita :(

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.