8 Langkah Bercuti Bersama Rakan
March 24, 2014
Bercuti bersama bff di Penang
Salam mesra..
8 Langkah Bercuti Bersama Rakan merupakan topik entry CN hari ini. Sememangnya bercuti bersama rakan lagi2 bff akan menjadi percutian yang sangat mengenjoykan. CN sendiri untung sangat sebab bff CN adalah adik kandung sendiri. Kitorang 5 beradik memang sangat2 rapat dan sering share semua benda bersama-sama. Itulah untungnya 5 beradik all gurls ! Memang havoc !
Bukan kisah CN dan adik beradik yang nak diceritakan, tapi tips untuk anda pembaca tersayang tentang 8 Langkah Bercuti Bersama Rakan. Almaklumlah, cuti sekolah mestilah nak bercuti ke mana2 kan? Tips ni CN amik dari akhbar Harian Metro 13/3/2014.
1. Tiket tanggungjawab sendiri
: Selepas melakukan tempahan tiket, biarlah setiap orang bertanggungjawab atas tiket masing-masing. Yelah, buatnya orang yang pegang tiket tu hilangkan semua tiket tu, tak jadi bercuti ler gamaknya.
2. Selesaikan segala permasalahan
: Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikan semuanya sebelum memulakan percutian. Ini penting supaya percutian anda berjalan lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri.
3. Buat jadual percutian
: Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana. Kalau ada pamplet tentang tempat percutian lagi bagus untuk dijadikan rujukan.
4. Percutian mewah atau bajet ?
: Sabaiknya tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu dari awal hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja.
5. Bawa penutup mata
: Ini mungkin remeh tapi penting. Ini berlaku ada sukar tidur sekiranya lampu tidak dipadamkan sedangkan rakan anda sebaliknya.
6. Tanggungjawab bersama
: Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan. Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman anda dan rakan-rakan anda.
7. Menjaga satu sama lain
: Walaupun ada kalanya rakan anda itu terlalu menjengkelkan sepanjang bercuti, mereka adalah saudara terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi saat anda bercuti di luar negara. Jadi, seharusnya anda dan rakan2 anda saling menjaga satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah.
8. Elakkan gajet
: Percutian harus dinikmati. Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan anda untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi. Lebih baik anda berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
great tips
ReplyDeletenice tips....acane pulak kalau nak nak bercuti seorang diri? hehe...sbb kadang2 tu kwn tak cuti sekali dengan kita...huhu
ReplyDeleteMenarik :)
ReplyDeleteAssalamualaikum CN, wahh nice tips. memang boleh apply ni.. hehehe rindu dekat bestfriends. lama tak outing sesama sejak sheila nikah. heeeeeeeeeee ;p
ReplyDeletebercuti bersama rakan boleh tapi nak kena bawak Ash... he he he ... great piece of sharing CN
ReplyDeleteSeronok bercuti bersama kawan ni..hehehe..
ReplyDeletetips yang bagus sangat CN,!
ReplyDeleteinsya Allah miza akan ikut kalau nk pegi bcuti ngan kawan nanti ^_^
sy mmg tiada lagi istilah bercuti dgn kengkwan lpas khwin ni... but nice sharing CN...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.