Resepi CheeseKut @ Cheese Cracker
February 10, 2014CheeseKut @ Cheese Cracker
Salam mesra..
Buat penggemar cheese, CN percaya ramai yang tak boleh berhenti makan CheeseKut ni atau nama komersial Cheese Cracker. Disebabkan perasaan jeles tengok kawan2 fb duk upload gambo menatang ni, CN dengan bantuan adik2 tercomey iaitu Cik Wany & Kak Iz pun dengan perasaan eksited menyediakan menatang ni yang sangat la simple dimple ! Serius, tak perlu bakar dan kukus bagai, sangat mudah dan ringkas. Meh tengok resepi dan jangan lupa try yer. All the best !!
Resepi CheeseKut @ Cheese Cracker
Bahan-bahannya cheesekut :
Biskut Jacobs Cream Cracker Original ( nak jenama lain pun takde masalah, kebetulan masa buat cheesekut ni, biskut Jacobs tengah sale..hehe)
1/2 Tin Susu Pekat Manis
250 g Cream Cheese
Susu Full Cream/Freash Milk
Cara-caranya membuat cheesekut :
1. Pukul cream cheese dengan mixer sampai kembang. Pastikan cream cheese dalam suhu bilik sebelum dimixerkan supaya dapat berkembang dengan cantik.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis sikit2. Kemanisan terpulang kepada citarasa anda sendiri, kalau rasa nak kurang manis, letak sikit jer.
3. Kemudian, masukkan susu full cream sikit. Kalau rasa adunan tadi pekat sangat, masukkan ler lebih sikit susu full cream tu. Ok, adunan cheese dah SIAP !
4. Ambil biskut cream cracker dan celupkan sikit dalam susu full cream, kemudian susun biskut tersebut dalam bekas. Selepas satu lapis selesai, masukkan adunan cheese tersebut ke atas biskut tersebut. Langkah diulang kembali selang2 biskut dengan adunan cheese sampailah habis.
5. Taburkan serbuk coklat/coklat chip/coklat urai di atas permukaan akhir.
6. Setelah habis, tutup bekas tadi dan simpan dalam fridge semalaman.
SELAMAT MENCUBA
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
7 comments
Kena tgk tnpa perasaan...
ReplyDelete#mood berpntg...
hehehe..sabo yer ;)
Deleteerr fav nie !! :(
ReplyDeleteTry ler dear..smple jer
Deletewaaa..niesa pun dh lama xbuat kek cheese ni...sedapp!
ReplyDeleteMmg sedap n bermuak..cuba la ..hehe
DeleteAlamak... Dah lama tak buat... Dah tertengok nih harus kena buat nih...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.