Dunia BARU CN
January 12, 2014
Salam mesra...
CN kini berada di dunia BARU. Tempat BARU. Orang BARU. Udara BARU (kat KL kan IPU paling tinggi kat Malaysia..kat Kuala Langat ni bersih sikitlah...hehe )
CN bertukar sekolah dari SMK St. Mary (sekolah elit di KL) ke SMK Telok Panglima Garang (sekolah paling besar enrollment di Kuala Langat). Kejutan budaya bagi CN dengan perubahan budaya kerja & disiplin pelajar. Alhamdulillah..CN mampu adapt dengan bantuan guru2 di sini yang peramah & rajin membantu. SMK Telok Panglima Garang dibanjiri cikgu2 senior di sesi pagi. Sepupu bapa mertua CN pun disekolah yang sama dan menjadi ketua ICT. Alhamdulillah..semua dipermudahkan. CN bekerja dibawah bimbingan bapa saudara sendiri.
Core business CN iaitu mengajar dan di sini CN diberi tugas mengajar Geografi dan Matematik Tingkatan 3. Tahun pertama mengajar benda2 ni disebabkan sebelum ni CN cuma mengajar tingkatan 1&2 sahaja. Agak mencabar untuk study balik, tapi NO PROBLEM ! Evidens PBS tingkatan 3 pun sikit jer berbanding tingkatan 1&2 dan itu merupakan berita gembira buat CN !
Dari segi kokurikulum, CN pegang Kelab Komputer sama macam sekolah lama. Cuma di sekolah baru, CN dah tak perlu jadi pengurus pasukan basketball sekolah ! Yeah ! CN cuma guru penasihat kelab bola baling dan Rumah Sukan Kuning. Masih okay sebab CN tak perlu pegang jawatan PENOLONG SU KOKURIKULUM ! Sekolah ni ramai cikgu laki, so dorang sahaja yang handle bahagian koko & sukan ni. Best kan?
Cuma benda baru bagi CN adalah menjadi guru library. Reason CN diletakkan di library adalah untuk handle bilik cyber. Ala, kerja orang ICT, tak lari bidang juga ! Hehehe
Walaupun CN ditempat baru, semangat dan budaya kerja dari SMK St. Mary tetap CN amalkan. Kata2 motivasi dari Cik Pengetua sekolah lama tetap CN pegang untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya Allah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
12 comments
Semoga lebih berjaya di tempat baru cikgu.
ReplyDeletethanks..doakan yer kawan2..
DeleteAssalamualaikum CN, alhamdullilah dah tukar dunia baru. semoga terus mengajar dengan sabar ye. sheila tak pandai nak ngajar orang. tahu yang cepat naik angin je. hihi. respek sungguh dengan orang yang jadi cikgu. hehehe :)
ReplyDeletejadi cikgu ni mmg kena banyak bersabar....huhu
Deletemoga menjadi pendidik yang dihormati...besar pengorbanan seorang pendidik nie kan CN..wish u all the best kat tempat baru ye..
ReplyDeleteterharu rasa ada orang tahu betapa beratnyer tugas seorang guru ni..thanks dear...doakan yang terbaik yer ;)
Deleteall the best CN
ReplyDeletehope enjoy new enviroment kt sekolah baru
thanks dear ;)
Deleteselamat bertugas di tempat baru ye.. * i follow here :)
ReplyDeletesy pun cikgu library sejak mula posting.. cuma thn ni nek pngkat jadi SU plak.. huhu... cuma x blh jadi penyelaras je, sbb guru agama x blh pgg jwtn utama library...
ReplyDeletesemoga maju jaya di tempat baru. doakan hana pulak yang tak lama je lagi. huhu T_T
ReplyDeleteWaa.. Sekolah St. Mary :D Nama sekolah tuh ada dalam Sejarah Form 2 :3
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.