7 Jenis WANITA yang Sering di Ceraikan Suami

January 25, 2014


Salam mesra...

Tahukah anda bahawa terdapat 7 jenis wanita yang sering diceraikan suami ? Berikut merupakan ciri-ciri wanita tersebut :

1. Tidak punya rasa malu
: Mereka tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah SWT, jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) 
: Tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri dan malas melakukan apa2 sehingga dirinya, anak2 dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar)
: Suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal2 yang dimurkai Allah SWT

4. Innah
: Tidak mahu diperintah suaminya melakukan hal2 yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat. 

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut)
: Tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal2 yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat)
: Selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu-ragu.

7. Tidak aktif
: Malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

Wallahualam..

[ SUMBER ]


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Nice sharing cg azimah.. InsyaAllah sbg peringatan bersama.. :))

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu, rindu nak tengok header lama cikgu. hehe thanks sharing.. berguna sangat. semoga kita menjauhi sikap2 sebegini. in shaa Allah (",)

    ReplyDelete
  3. salam kenal cikgu..
    sebagai seorang isteri..mintak dijauhkan 7 jenis sifat wanit seperti yg cikgu share kat atas ni..
    thanks for this info...
    singgah sini n follow sekali :) keep in touch :)

    ReplyDelete
  4. entri yang menarik

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  5. Thanks share CN..semoga kita x tergolong slm 7 tu..amin.. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.