6 Tips Hindar Keletihan Ketika Bekerja
January 03, 2014
Salam mesra..
Cuti sekolah telah berakhir dan guru-guru kembali bertugas seperti biasa. CN yakin pasti ramai rakan-rakan guru termasuk CN yang akan mengalami keletihan tahap melampau masa hari pertama bekerja. Almaklumlah, cuti skolah yang lama akan menyebabkan rasa 'lemau' yang teramat sangat. Jadi CN ingin berkongsi dengan anda semua tips hindar keletihan ketika bekerja yang dipetik dari akhbar BH edisi 23/12/2013.
1. Bersifat positif terhadap pekerjaan
: Ketika bekerja, terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun ia berat dan membebankan. Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang dibuat.
2. Bersantai sejenak
: Gunakan waktu istirehat untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja. Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah 5 hingga 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu.
3. Nikmati humor dan ketawa
: Pelbagai cara boleh dibuat seperti membaca komik/blog atau bersembang dengan rakan2 sekerja yang boleh menimbulkan ketawa. Ketawa dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran.
4. Bekerja secara sistematik
: Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.
5. Banyak minum air mineral
: Ai mineral dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.
6. Lakukan aktiviti fizikal
: Untuk mengendurkan otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senaman ringan. Jika pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, gunakan tangga berbanding lif
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
17 comments
great entry
ReplyDeleteair mneral tu perlu.
ReplyDeletebosan2 amek air mnum
boleh bdan sehat jgk :)
Air mineral pun elok utk awet muda ;)
Deleteassalamualaikum cekgu...perkongsian info yg baik...:)
ReplyDeleteminum air tu memang wajib kena ada..kalau tak rs mengntuk je nk kerja pn..:)
ReplyDeletekerjaya cikgu amat mencabar pada masa kini... tabik untuk cikgu2 semua...
ReplyDeleteThanks dear..ada gak org fhm kerjaya cikgu yg sgt2 m'cabar ni
Deletebaguslah tips ni ;. selamat kembali ke sekolah cikgu :)
ReplyDeleteThanks dear..
Deletenice tips CN!kdg2 tips yg mcm ni berguna jugak..wpn dh tau kdg2 mesti terlupa tips nk elak letih sgt.. :D
ReplyDeleteItula..mmg slalu terlupa.. Ni flashback! Hehe
DeleteKalau pelajar guna tips ni boleh kan?
ReplyDeleteBoleh jer..tp jgn sampai ponteng kelas sudah ler..hehe
Deletetggu kerja ..boleh guna tips ni ..tq ! ^^
ReplyDeleteTak semestinya bekerja..ari pertama skola pun boleh gak..
Deletetips yang berguna utk hana nie CN :)
ReplyDeletemmg terasa la mula2 buka sekolah kn... tapi happy dan senyum sokmo buatkn hilang letih tu..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.