Selfie adalah REVOLUSI Tonjolkan Diri

December 27, 2013


Salam mesra..

Selfie ataupun ambil gambar sendiri adalah satu cara untuk tonjolkan diri dan dipamerkan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Keek dan pelbagai lagi. Golongan muda yang majoriti gemarkan aktivit selfie ini. Tapi jangan terkejut bila tengok ramai juga golongan veteran malah PM kita sndiri pun ada berselfie bersama pemimpin lain. 

Menurut Pakar Psikologi Perkembangan Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Mariani Mohd Nor, selfie ialah satu revolusi bagaimana seorang manusia ingin diakui oleh orang lain dengan mempamerkan foto mereka ke laman sosial atau media lain. Mereka suka melakukannya hanya kerana mahu orang lain mengiktiraf keadaan dirinya sama ada dari aspek fizikal atau penampilannya. Beliau berkata, umumnya golongan ini kurang percaya kepada diri sehingga memerlukan pengiktirafan daripada orang lain hingga membuatkan mereka teruja. [ Sumber BH|Isnin|23/12/2013 ]

Ini CN tak sokong ! Bagi CN, kebanyakan orang yang berselfie adalah golongan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebab dorang tak peduli muka tak cantik ke, banyak jerawat ker, yang penting mereka rasa cantik dan yakin untuk dipamerkan wajah mereka di khalayak umum. CN sendiri suka berselfie dari zaman bujang sampai jadi mama budak. Dari muka tak berapa cerah, ada double chin sampailah muka licin berseri-seri, CN masih lagi berselfie. Pendapat CN sendiri golongan yang suka berselfie adalah manusia yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi ! Anda pula bagaimana ? 

[ Koleksi Selfie

Selfie  zaman muda remaja.

Selfie zaman couple2. 

Selfie masa honeymoon. Sah2 kena selfie  sebab berdua je kan ? Hehe

Selfie bersama keluarga kecil CN tersayang !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. saya berselfie di blog aje... kurg pamerkan di FB atas permintaan suami... x perlu tyangkan diri di FB sgt... byk gmbr2 di FB pun dah di delete..kcuali org tag aje... :)

    ReplyDelete
  2. coemlnye anak awk..bulu mata lentik eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha,bulu mata dia lg pjg dan melentik dr mamanya !hehe

      Delete
  3. Selfie takpe tapi jangan bagi muncung panjang2 masa selfie hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muncung pjg2 prnh buat masa zaman muda mudi dulu....hehe

      Delete
  4. CN cantik. hik2. hana pown mcm CN jugak. suka amik gambar sendiri. pedulikan. kalau yang nak perhatian tu maybe yang buat muka plastik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank dik..hehee...betul tu,kita bselfie utk kepuasan sndiri..bila tgk blk gmbo lama mesti gelak blk kn?..hehee

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.