Selamat TINGGAL Anak-Anakku..

December 15, 2013

Anak2 tersayang. Dari kiri : Tharanee, Najihah & Velonney

Salam mesra..

Sekarang ni CN agak buzi mengemas bilik sebab baru berpindah dari KL. Tak sangka lak bila mengemas, tudung & shawl sahaja 3 beg ! Tu belum lagi beg baju yang BESAR dan 3 beg ! Rasa2nya baju dan tudung CN tak berapa banyak sebab bila nk pakai jer, ada yang tak matching, tapi bila mengemas boleh pulak sampai berbeg-beg. Encik hubby pon terkezut gak tengok banyak giler barang2 wife dia. Yang kelakar, set kecantikan termasuk make up, losyen,supplemen dan aksesori pon 1 beg beso !

Bak kata CN kepada Encik Suami, " Ala yang, orang cantik memang banyak barang dia ! " Hahahaha !

Hokay, kembali kepada tajuk di atas. Since CN masuk SMK St. Mary, anak2 CN iaitu Tharanee, Velonney, Sharmila & Nivya pon masuk sebagai pelajar Tingkatan 1. Then, tahun depan adalah tahun SPM dorang. Masa dorang form 1, CN ajar dorang PJK. Bila naik form 2, CN jadi guru kelas dorang. Mulalah detik close dan mesranya kitorang sampailah sekarang. Even masa dorang form 3 & 4, CN tak mengajar budak2 ni, tapi hadiah HARI GURU dari budak2 ni tak pernah miss. 

Tharanee + Velonney (4S1) & Sharmila + Nivya (4A2) : Terima kasih banyak2 sebab u all sentiasa bersama cikgu. Dari cikgu dipanggil Cik Azie sampailah ke Puan Norazimah (sebab pengetua tak bagi panggil Puan Azie), u all sentiasa bersama cikgu. Ingat lagi tak, every year cikgu cakap cikgu apply pertukaran sekolah sebab nk bersama family? Then u all akan cakap, "Please teacher, jgn tnggalkan kitorang, tunggu lah sampai kitorang habis sekolah ! ". Tak boleh sayang, family lagi penting dari segalanya. Walaupun cikgu di sekolah baru, cikgu masih ingat u all. Kita kan ada facebook. Cikgu akan sentiasa update perkembangan terbaru u all. Kalau u all nk tau perkembangan terbaru cikgu, blog cekgunorazimah sentiasa ada. Cikgu akan sentiasa update perkembangan terkini Irfan. Irfan kan adik u all ! Kalau cikgu dapat anak kedua dan seterusnya nnti, cikgu akan sentiasa update dengan u all sebab kakak2 dia yang comel ni mesti akan belikan baju untuk adik2 dorang ! Girls..ingat yer, 2014 adalah tahun SPM u all. Buat yang terbaik, walau di mana cikgu berada, cikgu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk u all ! Last but not least, cikgu akan sentiasa turun KL sebab kat sana ada banyak tempat shoping favourite cikgu ! hehehe

Bersama Tharanee..masa kelas 2T digelar Miss Kuat Bodek Cikgu sebab dia adalah yang paling rapat dengan CN ! Macam pemalu tapi sebenarnya seorang yang berani dan kini salah seorang photographer sekolah. Banyak muka CN dalam kamera dia ! Hehehe

Bersama Velonney. Monitor 2T 2011. Orangnya kecil, tapi berhati kental. Dari awal tahun asyik nk letak jawatan jer, tapi sebab sokongan dan dorongan CN, kekal sebagai Monitor 2T 2011 sepanjang tahun !

2T 2011. Nivya sebelah kanan CN. Sharmila lak tak ada gambo sebab lappy lama CN hilang tahun lepas. Ni cuma gambar yang sempat terselamat jer...

Hadiah perpisahan dari Tharanee & Velonney. Sedey lak baca kad dorang. CN sayang u all !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

5 comments

  1. dah tuko sekolah mana CN
    pasni sure byk aktiviti bersama family yg xdpt nak spend ms bersama 24jam kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt skola dekat ngn rumah sendiri, alhamdulillah..leh plan tambh ank lg! hehe

      Delete
  2. mesti sedih erk nak tinggalkan yang lama. CN harus la barang banyak. cikgu kan. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedey pun, dgn bff yg best lg sporting, mesti rindu dorg nnti!

      Delete
  3. mst nk tgglkan tmpt berkhidmat.. byk knangan... xpe cipta kngn bru di tmpt yg baru plak...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.