Konsep P.O.L.I.G.A.M.I.

December 13, 2013


Assalamualaikum..

Konsep POLIGAMI di Malaysia seringkali dikaitkan dengan nafsu lelaki. Bahawa POLIGAMI dibenarkan untuk kaum lelaki memenuhi nafsu mereka secara sah. Namun tidak ada sebarang ayat  dalam Al-Quran yang menyarankan POLIGAMI sebagai satu penyelesaian bagi masalah nafsu orang lelaki. Undang2 Malaysia juga tidak mengiktiraf nafsu sebagai satu syarat untuk berPOLIGAMI.

POLIGAMI bukanlah satu jalan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak sama ada dalam masyarakat Islam mahupun mana2 masyarakat lain. Jika POLIGAMI dikatakan satu penyelesaian bagi masalah tersebut, maka masyarakat Islam di Malaysia dan negara2 lain tentunya tidak lagi mengalami masalah2 sosial. Cara mengatasi apa yang dikatakan nafsu yang kuat ialah menukar sikap serta nilai kehidupan bahawa manusia telah dijadikan dengan akal yang sempurna dan mampu untuk mengawal nafsu dan mentaati perintah Allah S.W.T untuk beriman kepadaNya, berdisipiln dan menjalin sikap saling menghormati antara lelaki dan wanita. 

Ayat 3 surah an-Nisa' jelas menunjukkan bahawa POLIGAMI itu adalah suatu tanggungjawab untuk menentukan bahawa keadilan sosial terhadap balu2 dan anak2 yatim dapat dilaksanakan dengan betul. "Sekiranya kamu khuatir kamu tidak mampu berlaku adil terhadap anak2 yatim, maka kahwinilah wanita2 pilihanmu, dua, atau tiga atau empat; akan tetapi sekiranya kamu khuatir kamu tidak dapat melayani mereka secara adil maka (kahwinilah) satu sahaja."



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. nice sharing CN ! btul tu. dunia sekarang salah gunakan konsep poligami. lahai.

    ReplyDelete
  2. nice sharing... POLIGAMI itu indah sbb itu dinyatakan dlm al-Quran dan sunnah, tapi dikotori oleh mrka yg menyalahgunakan konsep poligami...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.