AWAS ! Jika anak kecil anda batuk

December 03, 2013


Assalamualaikum..

Angin Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur dan menyebabkan banjir di sesetengah tempat turut melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam sahaja, hujan turun sepanjang hari menyebabkan CN dan ramai lagi orang dijangkiti virus Influenza. Irfan lagi dasyat, bukan sahaja selsema tapi turut disertai batuk yang teruk !

Disebabkan Irfan pernah Pneumonia, CN jadi takut bila Irfan batuk. Masa Irfan admit di Hospital TAR Klang sebab Pneumonia, doktor pernah bagitau CN perbezaan antara batuk biasa dengan batuk semput. Jika anak kecil anda batuk semput/sukar bernafas, anda perlu lihat 3 Tanda berikut :

1. Pernafasan yang berbunyi
2. Pernafasan yang dalam : Lihat dada anak anda, jika dia menarik nafas dengan dalam, bermaksud di manja sukar untuk bernafas.
3. Pernafasan yang laju

Jika terdapat 3 Tanda tersebut, JANGAN BUANG MASA ! Bawa anak anda ke Hospital Kerajaan terdekat. CN ulang sekali lagi, Hospital Kerajaan bukan klinik/hospital swasta. Kenapa Hospital Kerajaan ? Sebab di Hospital Kerajaan terdapat semua kelengkapan. Si manja yang mempunyai 3 Tanda di atas akan diberi gas untuk mencairkan kahak dan memudahkan pernafasan. Jika keadaan masih lagi tidak berubah, si manja akan diambil darah untuk diperikasa kandungan bakteria dalam paru2 seterusnya dibuat ujian X-Ray. Tapi, jika anda membawa anak ke klinik/hospital swasta, si manja cuma diberi  ubat dan seterusnya perlu di RUJUK ke Hospital Kerajaan. Nah ! Banyak keje kan?

Memang tidak dinafikan, prosedur di Hospital Kerajaan mengambil masa yang lama. 2 jam adalah normal ! Tapi, untuk anak tersayang, apalah sangat 2 jam tu ! Masa preggy dulu, every month CN check up di Klinik Kesihatan Taman Ehsan Kepong. Normal 2 jam baru setle ! Biasanya CN akan bawak buku latihan/kertas ujian pelajar untuk ditanda. Novel/majalah/buku menjadi teman setia selain hp ! Hehehe

Ingat ! Jika anda sayangkan anak anda, bawaklah berubat ke Hospital Kerajaan. Kes yang sama dengan Irfan, 3 Tanda lengkap dan CN pertama kali bawak Irfan ke Hospital Selayang. Serius, prosedur sangat mudah dan tak sampai 2 jam, Irfan boleh balik selepas diberi gas. Lega hati CN sebab tak sanggup bermalam di wad menemani Irfan sedangkan banyak lagi urusan perpindahan sekolah yang belum selesai. Irfan diberi ubat dan malam tadi, si bambam tu 3 kali muntah berkahak+pagi tadi 2 kali muntah berkahak. Its ok, kahak dikeluarkan melalui muntah dan najis. Najis Irfan pon bertukar kaler menjadi hijau sebab berkahak. Alhamdulillah, walaupun masih lagi batuk, tapi pernafasan Irfan lancar dan stil aktif seperti biasa. Semoga Irfan cepat sembuh ! InsyaAllah.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. InsyaAllah..terima kasih atas perkongsian ini.. walaupun abak blum ada anak,tapi suatu saat nanti..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. ank sy pn batuk berkahak jugak..tp doc ckp pernafasan dia masih ok...arap2 xde smpi thp kne amik neb.kesian ank.huhu..

    ReplyDelete
  3. sakit yg pernh sy hidapi selama 24 tahun tu CN... mmg seksa... tapi Alhamdulillah... sy kembali pulih dgn natural remedy iaitu VCO...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.