Apabila Cikgu Kecik Membebel !
December 18, 2013
Salam mesra..
Harini genap Irfan 1 tahun 4 bulan. Sekejab jer masa berlalu, dari pandai menangis sampai dah pandai membebel budak kecik ni. Tapi memang seronok melayan si kecik membebel, siap dengan mimik muka dan gaya sekali ! Kalau dia perasan kita main2 kan dia, confirm kena ketuk dengan apa yang dipegangnya, jangan ingat budak kecik tak faham kita main2 kan dia yer !
Setakat ni, bahasa Irfan yang jelas difahami oleh mamanya adalah "Mama" "Mane?" "Uda" panggilan kpd Mak Uda, "Opah" "Yah" ayah, "Nak" "Apa?" "Banyak" dan banyak lagi. Kebanyakan nyer CN faham dari bahasa badan Irfan sebab bunyi sebutan seakan-akan sama. Banyak video Irfan membebel ni, tapi sayang hp problem, tak boleh share video dgn u all semua.
Tapi, dalam keseronokan melayan anak kecik membebel, tahukah anda bahawa kita sebagai ibubapa jangan sekali-kali meniru gaya si kecik bercakap. Contohnya : "naa", "nyeee" dll. Perbuatan ibubapa yang meniru gaya anak kecik bercakap akan menyebabkan bayi belajar bercakap secara pelat. CN sendiri bercakap pelat sampai darjah 3 tau ! Orang lain sebut teacher, CN sebut cecher. Kesian kan? Selamat sekarang mampu bertutur dengan lancar sampai mampu jadi teacher lagi ! Ahaks~
Jadi sebagai ibubapa, pastikan kita sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana anak kecik ini akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibubapa. Ini kerana, walaupun ketika itu bayi tidak faham apa yang dituturkan tetapi mereka boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Dulu masa arwah mak mertua CN hidup lagi, dia selalu tegur parents yang bercakap pelat dengan anak mereka, ingat lagi arwah mak pesan kat CN, jangan sekali-kali bercakap pelat dengan anak kecil sebab itu akan menyebabkan kanak2 tersebut bercakap pelat. Bila CN tanya "Dari mana mak tahu?", dengan relax arwah mak cakap "TV ! ". Rindu pulak dekat arwah mak ! Banyak lagi ilmu keibubapaan yang tak sempat CN belajar dari arwah.... alfatihah.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
15 comments
betul2..sy pon panh bace kalo nk bcakap dgn bdk yg bru nak belajar berckp kne sebut btl, jgn buat2 pelat..
ReplyDeleteitulah kesilapan ibubapa dulu2, tapi takper, bila kita dah tahu, takyah buat lagi untuk anak kita ;)
Deletenak manja manja kan sbb tuh sebut pun pelat
ReplyDeleteitulah pasal, konon2 manja la kan tapi kesannya sangat dasyat...hehe
Deletebetul tu.. ajar ank ckp bhsa yg betul...
ReplyDeleteCN pon belajar dari arwah mak mertua..rindu pulak dekat arwah mak
Deleteowhh yeke. terima kasih gtwu CN. nanti hana dah kawen dan ada anak hana akan praktikkan walaupown lambat lg. haha
ReplyDeletelambat lagi ke dik? entah2 tahun depan kot..hehe
DeleteSalam CN, comelnya Irfan.. Terimakasih kerana sudi singgah di blog ibubapa cemerlang.
ReplyDeleteterima kasih singgah blog CN, banyak yang CN belajar dari blog ibubapa cemerlang ;)
Deletepe kata speaking sejak kecik lagih?
ReplyDeletegood idea..hehe
Deletebetul tu, kalau kita pn sibuk guna bahasa manja dorg pun ikut la kan..
ReplyDeleteyup ! baby ni mcm span, dia akan serap semua yang dia tengok, dengar dan rasa ;)
Deleteemak cik tom pun sama selalu pesan jgn ajar anak ckp pelat...nati diorang lambat pandai bercakap..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.