7 cara nak rasa duit gaji sentiasa CUKUP walaupun sedikit
December 28, 2013
Gambar sumber SINI
Salam Jumaat...
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif :
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup !
2. Jangan dilupa Tabunng Haji, memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna nawaitu itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TY LED baru, sebelum menukar spot rim baru !
4. Sebagai seorang isteri yang berkerja, bantulah suami. Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, duit I, duit suami, duit I !" Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut ! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu ? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat !
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros ! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 ?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
14 comments
tq atas tip tersebut
ReplyDeletepaling penting, bersyukur dengan apa yang ada.. InshaAllah cukup..
ReplyDeletePerkara pertama yang saya lakukan selepas mendapat gaji adalah memberikan nafkah makan pakai anak isteri saya dahulu kerana merekalah orang yang paling hampir dalam hidup saya buat masa ini. Zaman sekarang ni, barang makin mahal, nak tolong mak ayah kat kampung pun tak dapat nak bagi banyak macam sebelum-sebelum ni.
ReplyDeleteBetul tu,ibubapa kita tak mntak byk sebenarnya cukup la kita ingat kt dia...
DeleteSalam Jumaat CN... Tq for sharing...^__^
ReplyDeletegaji nie tumpang sekejap je dalam akaun.. esok lusa dah kering sebab buat bayar itu ini... tinggal balance ckup2 tuk makan je..hehe...
ReplyDeletesalam kenal... http://upsidesdown.blogspot.com
Itulah hakikatnya dear,kejab jer gaji..taraf hidup makin tinggi sekarang ni...
Deleteterima kasih ingatkan CN. hana harap hana tak mudah lupa diri bila di atas nanti. in sha ALLAH. tak lama lagi hana akan tempuh zaman kerjaya. :)
ReplyDeleteSelamat memegang duit sndiri dik,yang penting sentiasa beringat semasa bbelanja ;)
Deletenice tips...
ReplyDeletesama2 kita amalkan..
banyak mana gaji pun tak cukup kalau salah urus
ReplyDeleteBetul tu,yg penting bijak berbelanja...
Deletebenda yg tak penting tak payah beli. hehe :)
ReplyDeletegaji niesa terima cash..jadi kdg2 rasa cpt je habis byar hutang n tlg ayah sikit2..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.