6 tips mengurangkan kemarahan & jeritan kepada anak-anak

December 25, 2013




Salam mesra..

Sebagai ibu/mama/mummy/umi..CN percaya pasti anda suka MENJERIT kepada anak bila dorang buat sesuatu yang tidak disukai. Biasalah, orang pompuan mmg terkenal dengan sikap suka menjerit. CN pun sama, tak dinafikan, kadang2 bila Irfan buat sesuatu yang tak bagus, secara automatik, CN pasti akan menjerit untuk menghalang Irfan ! Dengan menjerit, Irfan akan terkejut dan tak jadi nak buat benda tu. TAPI, dengan menjerit bukanlah cara terbaik untuk mendidik anak2. 

Encik Suami selalu marah bila CN menjerit kat Irfan sebab itu bukan cara mendidik ! Sekarang, CN cuba belajar bersabar dari menjerit dengan cara kurangkan bunyi tapi pantaskan pergerakan. Sebagai contoh, terus terkam Irfan dari menjerit.... nampak mudah, tapi susah sebab CN ni memang kategori suka MENJERIT ! Hehehe\

Baiklah, CN terjumpa artikel menarik tentang tips untuk mengurangkan kemarahan dan jeritan kepada anak2 dekat Ibubapa Cemerlang. Meh kita belajar bersama-sama :

1. Buku-buku dan bengkel keibubapaan
: Kita menjerit kerana kita tiada ilmu dan kemahiran untuk menangani kerenan anak2. Hanya JERITAN, satu2nya kemahiran yang kita ada. Justeru, cari ilmu dan kemahiran dalam menangani tingkah laku anak2 dgn banyak membaca buku berkaitan dgn keibubapaan serta menyertai bengkel/seminar keibubapaan. Apabila kita telah ada sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran, kita akan lebih berkeyakinan utk berhadapan dengan anak2 yang aktif dan ini akan mengurangkan JERITAN

2. Belajar untuk meminta maaf daripada anak
: Fikiran kita mungkin berkata "Kenapa mesti saya meminta maaf, mereka yang buat perangai hingga menyebabkan saya naik darah dan menjerit.." Kadang2 agak susah untuk kita meminta maaf kerana kita menganggap anak2 yang menaikkan kemarahan dan menyebabkan kita meninggikan suara kepada mereka. Jadi sebelum melepaskan kemarahan dan perlu meminta maaf, fikirlah banyak kali.

3. Kenali punca kemarahan/jeritan
: Apabila kita sedar apa yang menjadi punca kemarahan kita, mungkin kita boleh menghindarinya dari awal. Mungkin kita lebih mudah naik darah apabila kita keletihan, maka cubalah untuk mendapatkan rehat yang cukup. Mungkin kelaparan juga boleh menjadikan kita naik darah, makan makan dan minumlah mengikut waktu. Kadang2 perselisihan faham antara suami isteri juga boleh menjadi penyebab kita cranky sepanjang hari, maka elakkan persengketaan dgn pasangan. Jika terjadi persengketaan, cepat2 selesaikan supaya fikiran kita tenang.

4. Elakkan berfikir tentang sesuatu yang serius ketika berada bersama anak2
: Anak2 nampak kita sedang menyediakan makan malam tetapi fikiran kita sedang memikirkan pelan perniagaan atau kita sedang berfikir bagaimana untuk memujuk ibu mertua yang merajuk. Apabila anak2 bertanya "mama, bila boleh makan, kami lapar", apa yang kita sedang fikirkan akan terganggu dan tentu akan menimbulkan kemarahan dan jerita.."tunggulah sekejab, mama tengah masak ni, tak tau sabar betul budak2 ni ! ". Ketika bersama anak2, fokus kepada mereka. Fikirkan sesuatu yang serius apabila anak2 telah tidur atau anak2 tidak berada bersama kita.

5. Cipta satu mantra
: Contoh mantra "Anak2 saya bukan menjadi masalah kepada saya sebaliknya mereka menghadapi masalah ". Mantra yang begini membantu kita untuk reframe situasi dan melihatnya dari sudut yang positif.

6. Banyak-banyakkan berdoa
: Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah anak2


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

11 comments

  1. mmg terkadang ia tindakan spontan..terjerit kat anak...ehe..
    tq kongsi tip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,secara spontan akn menjerit kt ank,pompuan kn,biasa la..hehee

      Delete
  2. nice sharing... tapi klu ank murid tu cmne plak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu no choice, kena gak menjerit kadang2,,hehehe

      Delete
  3. Biasalah... kekadang bila hilang sabar, terjerit jgk lah... pastu nyesal kenapalah jerit camtu... sian kat anak..

    Tq sharing tips ni... ^__^

    ReplyDelete
  4. nice sharing. :)

    ReplyDelete
  5. Mungkin sudah menjadi sinonim wanita yang bergelar ibu mengunakan suara yang tinggi kepada anak-anak. Nyaring didengari oleh halwa telinga si suami. :-)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat
    menjerit tidak menyelesaikan masalah
    malah semakin menambah masalah

    dan masalah sebenarnya adalah kita sendiri

    ReplyDelete
  7. Semalam pergi daftar anak beratur dengan seorang ibu yang asyik menjerit pada anak lelakinya sampai saya sendiri rasa lemas....memang nampak huduh sangat amalan menjerit pada kanak-kanak tu, kan mereka kanak-kanak...terima kasih berkongsi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.