4 Strategi Meningkatkan Penggunaan FROG VLE
December 09, 2013
Assalamualaikum..
FROG VLE (Virtual Learning) adalah satu sistem pembelajaran online di bawah KPM untuk meningkatkan penggunaan ICT dikalangan guru, pelajar dan ibubapa. Ia adalah platform pembelajaran maya yang mudah digunakan. FROG VLE memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik PdP.
Untuk pengetahuan semua, FROG VLE mempunyai aplikasi untuk menyemak penggunaannya dikalangan guru, staf sokongan, pelajar dan ibubapa. Tempoh kekerapan penggunaan juga dapat disemak oleh admin sekolah. Pihak PPD dan JPN akan sentiasa memantau sekolah supaya sentiasa menggunakan sistem ini. SMK St. Mary merupakan antara sekolah menengah di KL yang kerap menggunakan sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah pihak sekolah mampu 'memaksa' guru, staf dan pelajar akses sistem ini? CN ada jawapannya ! Hehehe..
1. Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk FROG VLE diberika kepada SEMUA guru termasuk pihak pentadbir. Guru-guru yang kurang mahir juga boleh mendapatkan khidmat personal coaching dari CIKGU-CIKGU ICT yang cekap, cun dan cerdik [bajet ! Hehe ]
2. Pelajar tingkatan 1 & 2 di WAJIBkan akses FROG VLE semasa kelas ICTL. Guru kelas tingkatan 3, 4 & 5 pula perlu membawa pelajar kelas masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk akses FROG VLE.
3. Semasa mesyuarat guru, dipaparkan senarai nama guru-guru yang telah akses FROG VLE dan juga TIDAK pernah atau beberapa kali sahaja akses sistem ini. Bertujuan untuk meningatkan cikgu2 supaya sekurang-kurangnya sehari sekali akses sistem ini sebagaimana anda melayari facebook anda ! Heheheh
4. Tugasan kepada pelajar diberi melalui FROG VLE ataupun pelajar perlu menghantar tugasa melalui FROG VLE untuk mengelakkan pembaziran kertas dan ink. Untuk PBS, CN meletakkan soalan dan bahan rujukan di dalam FROG VLE.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
sepanjang cuti ni tak buka2 lagi VLE Frog ni... hhu... mcm blogging gak, nk kena xplore byk benda kn..
ReplyDeletetau takper, ni pon bukak kejab2 untk update tentang page koko pulak sebab jadi guru penasihat, btw, frog ni senang sikit, user friendly ;)
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.