4 Perkara Penting Tentang Penyimpanan Susu Ibu

December 02, 2013

4 Perkara Penting Tentang Penyimpanan Susu Ibu



Salam mesra..

Entry CN di SINI tentang breastpump mendapat carian antara tertinggi dalam blog ni. Jadi CN bersukahati berkongsi dengan anda semua tentang cara penyimpanan susu ibu yang betul berdasarkan rujukan CN kepada beberapa orang Pakar Laktasi di Malaysia.

1. Bekas untuk menyimpan susu ibu tak perlu disteril. Ia hanya perlu dibasuh di dalam air sabun dan dibilas ataupun anda boleh mencucinya di dalam mesin pencuci pinggan. Jika tiada sabun, anda boleh menggunakan air mendidih untuk mencucinya.

2. Anda tidak perlu membuang titisan susu awal sewaktu memerah susu ibu. Susu ibu TIDAK tercemar. Payudara dan puting juga tak perlu dibersihkan sebelum sesi pemerahan dilakukan. 

3. Jika anda menggunakan beg plastik, adalah lebih baik jika anda menyimpan susu di dalam beg plastik tersebut dan kemudian simpan pula ia di dalam bekas plastik berpenutup di dalam peti ais. Ia membantu mengurangkan risiko beg koyak.

4. Minta pengasuh bayi supaya tak menenggelamkan beg plastik di dalam bekas pemanas susu kerana dikhuatiri air mungkin boleh memasuki beg apabila ia dibuka. Sementara itu, jika air digunakan untuk memanaskan susu bertukar keruh ia petanda ada kebocoran berlaku dan beg berkenaan perlu dibuang. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.