Tanda-tanda bayi nak tidur : Elizabeth Pantley

November 02, 2013


Salam mesra..

Alkisahnya CN dan EA bawalah Irfan yang omel tu pegi kenduri kawen bff EA di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat. We all pegi lepas Isyak sebab siangnya EA sangat sibuk. Majlis yang simple bertemakan klasik kerana pelamin dorang ni sarat dengan barang2 klasik. Memang unik ! Tahniah untuk Sani & Ain kerana selamat bergelar suami & isteri, semoga u all bahagia hingga ke jannah !

Sambung tentang IB, budak ni mengamuk jer masa majlis tu sebab mengantuk ! Memang geram sebab nak makan pon susah. Lagi 1, budak ni sejak pandai berjalan, memang taknak berjalan atas tanah, sibuk lak nk berdukung, manja betul ! Jenuh ler CN & EA bergilir2 makan sebab si bambam ni nk berdukung meragam sebab mengantuk. Susah tau bawak baby yang mengantuk ni ke majlis. Kalau dah tidur tak apa, ni belum tidur dan nk tidur, tapi tak selesa sebab bising. Dah la tu majlis bff, takkan la lepas makan terus nak balik kan? Memang tak sesuaiiiii ! Jadi bergilir-gilir la CN & EA memujuk si manja dengan pelbagai benda untuk melekakan dia dari menangis. Hokay la mampu bertahan sampai 9 lebih malam..hehehe

Hokay, sebagai panduan, CN cuma nk berkongsi dengan anda semua tentang tanda2 bayi mengantuk menurut Elizabeth Pantley (penulis buku No Cry Solution)

1. Bayi menjadi lebih diam
2. Tak lagi berminat dan tertarik pada permainan, orang dan ajakan bermain
3. Menggosok-gosok matanya dengan tangan. Kalau Irfan tarik2 telinga kalau mengantuk ni.
4. Pandangan mata sayu atau terlihat tidak fokus
5. Menjadi gelisah & menangis
6. Terlihat tidak sabar dan minta didukung
7. Banyak menguap
8. Tangannya mengepal atau memegang erat dan menggenggam sesuatu, contoh selimut. 

Ada banyak lagi tanda2 yang u all boleh tengok sendiri pada anak masing2 sebab setiap bayi ada petanda yang berbeza untuk tidur. Akhir kata, meh ler layanz gambo masa wedding bff EA ni dengan muka Irfan yang sombong dan tak sporting sebab mengantuk. 

Gambo family yang sempat disnap walaupun Irfan duk menangis. Air mata pun ada lagi tu..cian anak mama. 

Budak mengantuk nak manja dengan ayah. Taknak langsung dengan CN tau ini budak. Tu yang gambo duk menangis atas pelamin kat atas tu..hehehe

Tahniah yer Sani & Ain. Pelamin korang memang sempoi ! 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. anak kalau nak tidur memang meragam, tu yang masa anak kecik-kecik dulu malas nak bawak keluar jauh-jauh, terutama tempat org kawin, susah kalau dia dah meragam,skrg sume dah besar, yg bongsu pun dah 4 tahun, tapi bila dah masuk umur belas-belas, diorg plak malu nak ngekor terutama kenduri kawin, hmmm..

    ReplyDelete
  2. itulah masalah kalau bawak baby kuar gi tempat ramai orang, jenuh la kalau dia nak tidur, tak senang duduk kita, untungla anak2 dah besar, tapi bila dah besar ni lain lak ragam dorang..hehe

    ReplyDelete
  3. hahah nangis dia. kalau budak nie nak tdo memang asyk nangis je. bagi susu senyap terus. ahha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.