Kondangan di TROLAK

November 08, 2013


Salam mesra..

Bagi pembaca setia blog CN, pasti sudah faham maksud kondangan kan? Hokay, kondangan dalam bahasa jawa kalau ditranslate ke bahasa melayu bermaksud kenduri kahwin. Musim cuti sekolah ni terlalu banyak lah undangan ke majlis kahwin @ kondangan sampai CN tak menang perut nk memenuhi jemputan...hehehe

Hokay, nak cerita cikit CN ada saudara yang tinggal di Trolak, Perak. Paksu iaitu adik ayah CN. Trolak ni kawasan FELDA. So jalan ke sana memang berbelit2 dan berbukit2. CN yang dah banyak kali ke sana pon tak ingat jalan ! Anak paksu nombor 2 si Shiela kawen, so kitorang 1 family ke sana la dari pagi. Dari Banting, we all masuk SKVE dekat Teluk Panglima Garang tu sampai Saujana Putra dan terus ke PLUS menghala ke Utara. Kalau nk ke Trolak dari Selatan,senang exit dekat Slim River. Kalau u all dari Utara, better exit dekat Sungkai. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam sebab duk stop2 beli makanan la, pegi toilet la, tunggu adik la sebab tak ingat jln, termasuk 20 minit jer dalam kawasan FELDA duk cari rumah paksu ! Cian Mr. Hubby penat drive, selamat keta auto, kalau manual confirm membebel syayangs CN sorang tu, hehehe

Majlis kawen Sheila ni simple. Tapi yang best dapat jumpa sedara yang lama tak jumpa. Almaklumla, CN ni duk merantau, mmg susah la nk jumpa sedara belah ayah yang majoriti duk kat Perak, Penang & Kedah. Sheila haritu mmg gojes dgn dress biru light+pink. Sebab Irfan boleh tidur dengan nyenyaknya masa Sheila bersanding, so CN tak ada la bergambo dengan pengantin. CN cuma nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Sheila & Ijoy, semoga kekal hingga ke jannah ! 

Hokay la, kalau cerita panjang2 mesti bosan kan? So korang layanz jela gambo2 yang tak berapa comel ni. Lain entry CN akan cerita tentang kedai makan  best di Tanjung Karang, tempat kitorang singgah masa on the way balik dari Trolak.

Irfan tunjuk 'skill' dalam keta..sabo jela

Meh mama pujuk sikit ! Syayang dia ! 
Ayah kat depan tu kusyuk jer..hehe

Macam COMEL jer..macam HENSEM jer..hehe

Irfan bersama Mak Uda & Opah..ini budak keje dia duk ke depan la, belakang la, selamat keta kecik, kalau beso taktahu ler mcm mana, boleh main kejar2 rasanya !!

Mama2 berposing sebelum berpanas ketiak kejar anak2 ! Ahaks~

Posing atas pelamin, Irfan dah comot makan tembikai ! Habis tak hensem daa....

Nur Aqila Firzana & Muhammad Irfan

Budak comot seronok main lompat2 atas pelamin !

Duk cari geng laki2 pegi mana, rupanya duk melepak amik angin 

"Jalan ke kubur"..signboard depan umah mak mertua paksu..huhuhu

Adoyai..EA tak sporting, berposing ler duduk bercinggung..nampak CN demok disitu..ahaks~

Aqila buat muka ! Omel sangat la tu !

Otai2 dari Parit Buntar, dari kiri Pakcik On, Paklang Kob, AYAH hensem & Pakndak Latif

Kitorang bersama AYAH hensem ! hahahah

AYAH2 hensem tak ada gigi ! Masing2 senyum taknak tunjuk gigi ! Hehehehe

Geng kompang kampung ada mokcik2 tau ! salute la..

Pengantin baru SHEILA & IJOY ..  semoga kekal hingga ke jannah ! 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. cuti 4 hari ritu dptlah berkepit ngan irfan ea...cantik baju CN

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju peplum, kan idaman el? beli la 1, boleh cover perut ! hehee

      Delete
  2. baru tahu maksudnya....walaupun saya tinggal kawasan kebanyakan orang jawa...tapi saya jarang dengar perkataan tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN hampir 3 thn kawen dgn orang jawa, boleh faham sikit2 ler bahasa jawa ni..hehe

      Delete
  3. baby CN comel erk. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua baby memang comel, sebab tu best bila dicium ! hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.