Hukum Bernazar Dalam ISLAM

November 30, 2013


Salam mesra..

Alkisah, CN telah berjaya dalam pertukaran guru Sesi Januari 2014 dan sebelum tu CN telah berniat untuk menyembelih seekor lembu dan dibuat kenduri doa selamat. Jadi, niat CN tu dikira NAZAR dan CN WAJIB menunaikannya. InsyaAllah, tak ada aral melintang, bulan Februari ni jemputlah datang ke rumah mertua di Jenjarom untuk kenduri doa selamat (nazar) merangkap kenduri kahwin adik ipar CN yang kedua. 

Baiklah, dibawah ni adalah hukum bernazar dalam ISLAM yang telah CN dapat dari fb. Rujuk SINI

Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا مَا لم تعْمل بِهِ أَو تَتَكَلَّم
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak ada lafaz yang khusus buat nazar. Cukup dengan lafaz yang menunjukkan ke arah melazimkan diri dengan sesuatu.

Contohnya: “Wajib atas saya untuk melakukan / tidak melakukan sekian sekian” atau “Saya berjanji dengan Allah untuk sekian sekian”; walaupun tidak disebut perkataan nazar itu sendiri.
Harus diingat, sebahagian ulama termasuk Syeikh Ibnu Uthaimin rahimahullah melihat bahawa hukum nazar adalah makruh bahkan Syeikhul Islam Ibnu Taimiah cenderung ke arah pengharamannya. Ini berdasarkan hadis Ibnu Omar bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

لا تَنْذُرُوا فَإِنَّ النَّذْرَ لَا يُغْنِي مِنَ الْقَدَرِ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ من الْبَخِيل
“Janganlah kalian bernazar; sesungguhnya ia tidak bisa mempengaruhi takdir; ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini hukum nazar secara am. Adapun kalau seseorang itu sudahpun bernazar, maka wajib untuknya melaksakannya selama mana ia adalah suatu yang baik atau harus. Sebagaimana sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلا يَعْصِهِ
“Barangsiapa bernazar untuk taat kepada Allah maka hendaklah dia taat; dan barangsiapa bernazar untuk kemaksiatan maka janganlah ia melakukannya” (Riwayat Bukhari).
Adapun nazar maksiat, cukup dengan dia tidak menunaikan nazar itu kerana ia maksiat. Tidak ada kafarah yang wajib ke atasnya. Selain itu, bagi mereka yang melanggar nazar atau ingin menebus nazarnya, kafarah nazar adalah:
1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau 2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau 3. Memerdekakan seorang hamba.
Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Maa’idah, ayat 89.

(Rujukan Syarah Al-Mumti’ oleh Syeikh Ibnu Uthaimin)
Ustaz Idris bin Sulaiman Pegawai di Pejabat Kedutaan Arab Saudi


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. cikgu.. maksudnya, kalau kita cakap dalam hati je tak wajib la ye? cth ckp dlm hati: "kalau lulus exam ni nak puasa sehari lah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu CN tak sure dear, better tanya yang lebih pakar, tapi part CN niat nk sembelih sekor lembu, CN dah ucapkan dan ada saksi, so kena tunaikan ;)

      Delete
  2. jauh sgtlah jenjarom tu
    smoga dipermudahkan segala urusan
    n tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  3. jenjarom jauh. memang tak dapat la datang. hahah tahniah ea CN. in sha ALLAH akan dipermudahkan urusan tu nanti.

    #thnx for sharing jugak :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tahniah CN... ramai juga kngkwan sy pun dpt tukar dok dgn psgn masing-msing...

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Jenjarom tak jauh la, biasa juga lalu jalan situ dulu
    in shaa Allah kalau ada kelapangan

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.