Stress vs Breastfeed
October 28, 2013
Salam mesra..
Alhamdulilah, sampai ke harini IB sudah pon setahun 2 bulan lebih masih lagi breastfeed. Rutin macam biasa, CN di Kolompo & IB di Banting, berjumpa pada hari jumaat petang sampai pagi isnin. CN di Kolompo masih lagi pump susu dan dibekukan sebelum dibawa pulang ke Banting. Stok susu yang dikumpulkan masih lagi cukup untuk IB sebab pada siang hari, IB boleh belasah air masak dan susu dutch lady. IB cuma mengada2 nak kan breastmilk pada malam hari sebab dah biasa directfeed kalau ada CN. IB ni bijak tau bezakan antara susu dutch lady dengan breastmilk. Sebab tu malam hari, WAJIB bagi breastmilk, kalau tak, mengamuk la budak tu !
Nak dijadikan cerita, minggu lepas CN terlalu stress sebab dah hujung tahun, tapi banyak lagi PBS budak belum buat dan banyak benda kena key-in dalam online yang belum siap. Pelajar sampai tegur kenapa muka CN stress sebab kebiasaan CN akan tersenyum ceria masuk kelas. Disebabkan stress yang melampau, masa pump susu untuk IB, hasil memang mengecewakan. Kebiasaan CN boleh dapat sekali pump 4oz paling sengal, ni tak sampai 3 oz sekali pump ! Lagi la stress sampai call En. Hubby cakap "Yang, susu dah tak cukup ni, macam mana ni?" dengan suara yang frust. En. Hubby relax jer, cakap "Takper, beli jer susu tepung ! " siap bagi cadangan beberapa jenama susu lagi ! Orang laki ni memang relax kan?
TAPI, itu minggu lepas. Isnin minggu ni CN kembali ke KL dengan ceria sebab dah plan pelajar yang tak dapat setlekan PBS, lantak dorang la ! Biar je dorang dapat band 2 sebab CN dah cuba sedaya upaya, kalau dorang dah malas ke sekolah buat apa CN nak sibuk2 tentang dorang kan? Cuma perlu fokus kepada pelajar2 yang betul2 berminat dan bersungguh2 dan bantu mereka..mudah keje ! Buku program dan dokumentasi bagai, telah setle masa hujung minggu. Itu pon dapat menceriakan CN. Ditambah lagi, kembali aktif makan ALFAFA sebab sebelum ni asyik skip jer. Apa hasilnya ? Pagi isnin tu jer pump dapat FULL 2 botol menjadikan 8 OZ lebih ! Pump dekat skolah pon dapat 5oz lebih. Bila balik sekolah, ditambah pula dengan mood ceria dapat shoping dekat Giant Batu Caves lepas sekolah, terus dapat 8OZ lebih lagi !! BEST !
Kesimpulannya, kepada MAMA yang tengah menyusukan anak dan bakal MAMA yang akan menyusukan anak, pastikan anda CERIA supaya proses breastfeeding dapat berjalan lancar kerana mood mama yang ceria mampu membanyakkan susu. InsyaAllah.
Pengarang jantung CN
IB yang ceria dan mengada-ngada..hehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
6 comments
stresspun boleh kurangkan amaun breastfeeding? baru tau. sgt berguna untuk pengetahuan kaum adam.
ReplyDeletekena belajar tau dek untuk masa depan, sokongan dari pihak suami amatlah digalakkan untuk berjaya dalam breastfeeding ni ;)
Deletebetul3.. jgn stress time bf..
ReplyDeletemoga berjaya hgga ke puncak ea...
kira okla tu bole bf sampai IB dah setaun lebih, akak dulu paling lama pun smp setaun je, pastu susu jadi cair, sebenarnya stress, sibuk pun bole myebabkan susu jadi sket
ReplyDeletemmg lau stress susu x kuar pun
ReplyDeletenak bf ni kena sentiasa dlm mood ceria
CN..alfafa tu mmg tuk byk kan susu ke
k.el igt nak mkn nti..ni mkn tuk before ngan after beranak ke cam mn?
alfafa tu selain untuk banyakkan susu, sesuai untuk dalaman wanita, ala2 kacip fatimah versi omputih la, tapi tak dicadangkan amik dalam pantang sebab agak 'panas'
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.