Kenali SIAPA ANDA melalui VisualDNA

October 08, 2013


Salam mesra

Masa blogwalking blog rakan2, CN terjumpa artikel menarik dari Mister Zarif tentang Ujian Personaliti secara online. CN memang suka jawab benda2 ni, saja2 menguji diri sendiri, nk tau gak macam mana diri sendiri dari perspektif lain. So u all semua boleh try dengan klik gambo kat atas ni yer.  

Terus terang, test ni 98% tepat jika korang jawab dengan jujur. Jadi..ini adalah Cikgu Norazimah melalui ujian personaliti tersebut ! Hehehehe

............................................................................................................................................................................................................

ANDA PENCARI (SEEKER)

Anda seorang yang  baik hati & sopan & memberi sokongan padu kepada rakan-rakan anda. Anda mempunyai aura kemesraan yang memberi inspirasi kepada orang lain.

Anda juga cenderung untuk menjadi romantik. Anda penuh dengan kreativiti & suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.

Anda memiliki sikap yang positif serta seimbang & tahu bagaimana menerima yang baik dengan yang buruk. Anda betul-betul berasa selesa dengan diri anda.

Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai PENCARI, anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda meneroka sisi kreatif anda.

Mempunyai hubungan yang penuh kasih sayang merupakan satu daripada rahmat yang terbesar. Kehidupan di rumah yang kukuh merupakan sumber kekuatan dan sokongan yang amat besar. Pastikan anda menghargai pasangan anda dengan sewajarnya.

Apabila tiba masa untuk berehat yang anda sewajarnya nikmati, anda suka berhubung semula dengan dunia. Memperuntukkan sedikit waktu yang tenang untuk mengikuti berita-berita terkini adalah cara terbaik untuk anda memulihkan deria imbangan anda.

Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda. Jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan  ada pasang surutnya dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.
.
............................................................................................................................................................................................................
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.