JJCM : Restoran Santai, Tesco Rawang

October 06, 2013

Salam mesra..

JJCM kembali bersiaran dari CN. Kali ni CN nak berkongsi tempat makan MEE BANDUNG paling sedap ! Siapa suka mee bandung ? Angkat tangan !

CN tak berapa suka mee bandung ni, yang memang minat giler dengan mee bandung ni, Kak Su (housemate) jer. Tapi bila try mee bandung dekat Restoran Santai di Tesco Rawang ni, terus jatuh cinta RASA pertama ! Ahaks

Serius, memang sedap ! Kuahnya pekat dan pedas..kalau tempat lain, mee bandung banyak rasa udang kering, tapi kat sini takde. Udangnya besar2 dan segar, isi ada macam2, memang confirm kenyang ! Mangkuk besar tau, so kalau nak makan mee bandung dekat sini, kena pastikan memang betul2 lapar. 

Air lak, CN suka jus durian belanda. Memang pekat dan menyegarkan. Kak Su dan Kak Pe'ah lak memang suka jus epal kasturi di mana epal hijau diblend bersama asam boi, fuh ! Memang menyegarkan !

Lagi satu, selain ada Restoran Santai dekat Tesco Rawang ni, u all gak boleh shoping baju2 yang gorges dekat sini. Ada banyak booth dan butik di sini. Selalunya, CN dan rakan2 akan ke sini selepas habis sekolah. Makan kasi kenyang then SHOPING ! Hehe

Mee Bandung menggoda JIWA anda ;)

Air Santai apa ntah ! Tapi sedap..soda+jelly

Kegemaran setiap masa : Jus apple kasturi


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

6 comments

  1. mee bandung antara makanan yg byk kalori dan lemak..hahaha
    tulah yg diorg tempek kat fb
    apedahal kan..bedal je lah kan ekeke
    mmg npk kuah m.bandung tu pekat...tgk pun dh rs sedap
    ni lau mkn mau tambah 2x ekeke

    ReplyDelete
  2. tergodanya... lagi-lagi bila tngok air tu. huhu

    ReplyDelete
  3. perghh terliur seyh. haha CN pernah makan mee bandung dekat muar tak? tu lagi la deabak. pernah masuk TV kot. ngeh3. cuma dia cuma gerai kecil2 je. tp ramai pengunjung sebab mee dia tw. :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.