Review : Hotel Kings, Ayer Keroh, Melaka
September 30, 2013
Hotel Kings, Melaka
CN dengan sukacita dan sukahati nak review hotel tempat CN kursus CPD. Nama canggih yer, Hotel Kings, Melaka yang terletak di simpang jalan Leboh Ayer Keroh & Jalan Bukit Katil. Kalau dekat simpang jalan tu, memang u all boleh nampak KINGS HOTEL yang kaler oren tu dan berhadapan dengan Hospital Pantai. Untuk pengetahuan anda semua, CPD yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ni juga diadakan serentak di Hotel Orkid dan Hotel Heritage, Melaka.
Berbalik kepada hotel, dari luar nampak cantik. Masuk ke lobi pon stil cantik dan tak pelik la dapat status 3 bintang. Masa check in, CN dapat bilik hotel standard untuk 2 orang. Masuk jer bilik, benda pertama yang CN cari adalah freezer ! Kenapa? Sebab kursus ni 5 hari 4 malam, jadi CN perlu simpan stok ebm yang masih lagi banyak. Tapi bilik yang CN dapat tu takde freezer. Jadi dengan nekad dan berani, CN kembali ke kaunter dan tanya ada tak bilik yang ada freezer sebab CN nk simpan ebm. Pihak hotel cadangkan CN tumpang freezer dapur hotel, tapi CN dengan penuh konfiden cakap stok ebm CN banyak untuk 5 hari tu, mesti marah chef dengan stok CN yang banyak tu ! Hehehe
Jadi dengan lemah lembut, receptionist tu bukak bilik baru untuk CN, bukan bilik standard tapi suite untuk 4 orang ! Best tak ? ahaks! Pihak hotel memang cekap menguruskan kes2 terpencil ni. Nk kasi jeles lagi, dalam suite tu ada 2 bilik, tapi CN duk bilik yang sorang jer sebab sorang lagi roomate sewa bilik lain sebab lagi dia bawak anak n bibik. Bestnyer dapat bilik suite dan duk sorang2 dalam bilik takyah share..heaven jer berada di Hotel Kings, Melaka...
BILIK
Bilik CN ni memang boleh nampak dari simpang jalan tu. Tingkat 2 lot corner ! Pemandangan simpang jalan dan mesti duk dengar bunyi ambulance duk keluar masuk..isy2 ! Tapi selesa dan berbaloi ler untuk berehat lepas belajar kat kursus tu. Tapi yang bahaya, CN kena sentiasa tutup langsir sebab boleh nampak apa yang CN buat dari simpang jalan ! Lagi satu, bilik CN agak panas sebab dikelilingi tingkap, sebab tu terpaksa pasang air cond jer sampai kena flu tau ! Bilik mandi ada shower dan air panas dan semua dalam keadaan yang baik.
MAKANAN
Kalau sebut hotel, mesti korang bayangkan makanan yang sedap2 dan hiasan yang cantik2. Tapi kat KINGS HOTEL ni, makanan so so jer. Best lagi dekat Jombali tau dibanding dengan harga yang mahal dan tak setaraf dengan rasa. Mujur semua makanan ditaja oleh pihak JPWPKL, kalau tak memang menyumpah ler sebab harga yang tak setaraf dengan kualiti makanan. Contoh kuih binka kacang merah. Rasa dah hokay, tapi sayang terlebih tepung. Mungkin nk jimat kot, tapi agak2 ler sebab kuih dekat makcik kantin sekolah CN lagi sedap berbanding dekat hotel ni !
Bilik yang best dengan bantal kaler merah, bilik 1 lagi bantal corak leopard ! Hehe
Amenities cover kaler kuning melambangkan KING
Bilik mandi yang hokey jer
Itu ler freezer sementara CN..suka wallpaper kat sini, mmg cantek !
Ruang tamu yang selesa dan besar. Sesuai untuk Irfan berlari2 keliling bilik ni !
Pandangan dari bilik CN, nampak tak Hospital Pantai tu ? Betul 2 depan hotel ni.
Roomate ! Yang tengah2 tu Cikgu Aida dari SMK TTDI yang masih lagi single dan kanan tu Cikgu Haida dari SMK Taman Maluri yang sedang preggy anak kedua. Anak first sebaya Irfan ;)
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
Wah bestnya hehehe dah macam rumah pula, tinggal terus pun ok :p
ReplyDeletememang best tinggal kat hotel, tunggu lah bila dah kaya nnti, nak buat bilik ala2 hotel ! hehe
Deleteokey je nampak, dah nam pun hotelkan.. tak kiralah 3 bintang ke berapa ke...masih cantik je
ReplyDeletehehe...tau takper, tapi kat hotel ni yang tak best takde kipas ! asyk ber air-cond jer, mmg kena flu..hehe
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.