Luahan Hati Dari GURU Untuk IBUBAPA

September 26, 2013


Salam mesra..

CN ingin berkongsi dengan anda semua tentang luahan hati seorang GURU untuk IBUBAPA yang CN jumpa di group fb KPM. Sebagai seorang GURU, CN sokong 100% pendapat cikgu ni. Apakah pendapat anda ?

Sumber SINI

.........................................................................................................................................................................................

Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kamu sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami. Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,

Guru.
.........................................................................................................................................................................................



CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

2 comments

  1. dlm kes ni
    dua2 ada peranan..iaitu mendidik
    ibubapa dan guru saling bantu membantu
    saling berinteraksi..berkomunikasi
    feedback balik apa yg anak2 lakukan di rumah
    feddback balik apa yg anak2 murid buat di sekolah
    bkn tgu meeting PIBG tgu nak sign repotkad baru nak luahkan apa yg berlaku
    ibubapa jgn lepas tgn..dah antar anak sekolah pas2 biarkan..xtahu apa yg berlaku
    patutnya ibubapa kena periksa dan selalu bertanyakan guru mcm mn prestasi anak2 masing
    dan guru yg merasakan anak murid tu ada something bertindak balas cepat kepada ibubapa
    so kedua2 boleh tahu apa yg berlaku..

    el mmg faham anak el mmg hyperaktif tu baru 6 tahun
    so lau dia buat hal kat sekolah..el mmg admitlah
    ritu npk dia kena marah ngan cikgu..balik2 rumah bgtau
    kena denda sebab buat bising dalam kelas hehehe
    xde pulak nak marah kat cikgu..marah kat anak..sbb anak yg buat silap :)
    so setiap apa yg anak buat tu kita kena bgtau apa yg salah yg betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan bagus semua parents mcm el ! takde ler cikgu disaman sebab marah budak kan? CN dulu masa sekolah ayah siap suruh cikgu pukul CN lagi kalau nakal! tak pernah lagi jumpa parents mcm ayah CN sekarang ni..kalau ada, memang CN salute dan akan masukkan dalam blog CN sebagai THE BEST PARENT ! hehehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.