Jom RAMAI-RAMAI naik komuter !

September 15, 2013


Salam mesra..

Sempena topik Geografi Tingkatan 2 tajuk [Perkembangan Pengangkutan & Perhubungan], CN berbesar hati ingin berkongsi dengan pelajar semua tentang salah satu pengangkutan awam di Malaysia yang canggih iaitu KOMUTER

Seingat CN, last naik komuter Januari 2012 iaitu masa tu terpaksa balik Klang dengan cepat sebab arwah PakJang meninggal dunia. Masa tu, takde lagi tv canggih dan elektronik route map dalam komuter. So tiba2 jumaat lepas rasa macam nk balik sendiri naik komuter sebab EA agak bizi dan boleh amik CN mlm. Lama benor nk tunggu, so better balik sendiri. Bukan jauh sangat pon..3 JAM perjalanan jer dengan public transport ! Ahaks~

Jadi, CN memulakan perjalanan naik komuter ke Klang dari Batu Caves. Batu Caves ni adalah stesen baru dan paling hujung, dan CN baru tahu boleh terus ke Klang dari Batu Caves tanpa perlu transit ! BAHAGIANYA ! CN leh tidur dari Batu Caves sampai ke Klang ! Tambang pon murah cuma RM4.80. Nak selamat, CN naik KOC WANITA yang kaler pink..pompuan jer semua. Nk tidur muka comot2 pon takper ! Hehehe..

Kesimpulannya (dah macam karangan untuk kelas Cikgu Liana pulak yer..), komuter baru dari Batu Caves ke Klang memang BEST dan memudahkan ! Perjalanan mengambil masa cuma 1 jam setengah sahaja ! Cuma nk ke Banting CN perlu naik bas CityLiner kaler merah yang padat dengan mat bangla, indon, nepal, dan seangkatan dengan nya ! Rasanya lepas ni CityLiner pon kena buat gak bas khas kaler pink untuk wanita pulak !

CN rasa kan, lepas ni, sanggup tunggu EA amik dari balik sendiri ! Memang serik naik bas Klang-Banting tu ! Tapi...tapi... KOMUTER KTM best dan terbaik ! Caya lah KTM ! 

[Stesen komuter Batu Caves]


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.