Shoping RAYA bersama bff

August 07, 2013

~ Cikgu glamer, adam & aisyah berposing sebelum berbuka ~

Salam Ramadhan..

Khamis lepas last berbuka puasa bersama bff sebelum masing2 balik kampung cuti panjang. Sebelum berbuka, sempat ler singgah ke JALAN TAR terbeli kurung peplum siap ngn tudung dan berapa pasang baju raya Irfan ! Sebut pasal JALAN TAR, serius walaupun banyak pilihan, tapi korang kena pandai memilih sebab peniaga kat sana dah pandai letak harga mahal2 ! 

Kurung peplum yang Cikgu Norazimah beli tu, boleh dapat RM130 kalau beli dekat AEON BIG Wangsa Maju, tapi kt JALAN TAR jadi RM150. Nampak tak beza harga nya? Tapi disebabkan berkenan dengan kaler dan corak punyai pasal, pejam mata jer bayar ! Itulah pompuan, baju dah banyak, nak gak beli lagi ! aduyai...

Biasa ler, kalau ke JALAN TAR, mesti singgah SOGO. Tapi kali ni sale biasa2 jer, handbag dan kasut2 murah ler. Kalau baju harga macam biasa jer. Berkenan gak tengok handbag murah2, tapi bila terkenangkan handbag yang baru dibeli..simpan jela niat tu..hehe

Lepas habis shoping, terus bergerak ke Kampung Kerinchi nak makan masakan Kelantan. Tapi sayang Cikgu Norazimah lupa tengok nama kedai sebab masa on the way tu boleh tidur ! Selamat tahu gak tempat tu namanya Kampung Kerinchi sebab nampak komuter lalu lalang dan terperasan kedai Ayam Rempah Kukus yang glamer tu. Tempat makan ni memang best sebab ada pilihan sama ada nak makan kat luar takde aircond atau kat dalam yang beraircond. SELESA. Dekorasi mmg cantik tau ! Cikgu Norazimah ingat mahal sangat ler harga makanan nyer sebab dekorasi superb dan aircond ! Tapi makanan kitorang empat orang dewasa termasuk 2 kanak2 tak sampai RM40 ! Murah kan? Kat restoran ni disediakan surau yang selesa. Kira lepas berbuka puasa tu, boleh terus sembahyang then sambung makan lagi ! ait ! 

On the way balik tu, boleh lak timbul idea sambung shoping dekat Uptown Danau Kota. Korang bayangkan dengan baju keje dari pagi sampai ke malam ? Hebat kan? Kat sini pon best ada banyak pilihan. Tapi sebab terlampau penat duk pakai high heels dari pagi sampai ke malam, cuma beli keronsang dan shirt sahaja. Masa beli kerongsang tu, siap ada orang tegur, "Baru balik keje ke dik?"..hehe

Menu berbuka ..menggoda tak? hehe

Adam dengan aksi yang sukar diterangkan..

[ Salam RAMADHAN ]

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.