Selamat Hari Lahir yang Pertama IRFAN !
August 18, 2013
IRFAN..
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?
Maka mama akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah S.W.T
Sembilan bulan nak..
Irfan hidup di rahim mama
Irfan ikut kemanapun mama pergi
Irfan ikut merasakan kesedapan makanan yang mama makan..
IRFAN..
Bila mama boleh memilih apakah mama harus caesar atau berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adakah seperti menunggu sesuatu yang sangat berharga
Kehebatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat mama rasakan
Dari saat itulah kebesaran Allah S.W.T menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit
Yang tak dapat mama ceritakan kepada sesiapapun
Dan ketika Irfan hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah..
Saat paling membahagiakan
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
Kalimat shahadah kebesaran Allah S.W.T dan penetapan hati tentang junjungan kita
Rasullulah di telinga mungilmu..
IRFAN..
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah atau harus
bangun tengah malam untuk menyusuimu
Maka mama akan memilih menyusuimu
Kerana dengan menyusuimu mama telah memberkati hidupmu dengan
titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada mama
Adalah saat indah yang orang lain tidak bisa rasakan
IRFAN..
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama berehat
Atau duduk di lantai menemanimu bermain puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi IRFAN..
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan mama, IRFAN merasakan sepi dan merana
Maka maafkanlah mama
Percayalah IRFAN
Mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah IRFAN
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah IRFAN
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama...
~ Selamat Hari Lahir yang PERTAMA sayang mama Muhammad Irfan ~
6 comments
uish.. syahdunye baca puisi kat atas yer.. nikmat kurniaan Ilahi.. jagalah elok2 yer.. ;)
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir gak buat Irfan
Semoga terus sihat, bahagia dan jadi insan yang berguna kepada mak ayah, keluarga, agama, masyarakat, bangsa, negara... ;)
irfan cakap thanks Cikgu Hailmi ;)
Deletehb irfan
ReplyDeletesmoga jd anak yg terbaik dunia akhirat :)
irfan cakap thanks Aunty El ;)
DeleteWah mama irfan brpuitis. Hb irfan..n slmt hri rye kak: )
ReplyDeletehappy birthday..semoga menjadi anak yang soleh.
ReplyDeleteselamat hari raya kak..
jemput singgah berhari raya di blog saya
http://syuewana.blogspot.com
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.