Beza RAYA dulu & RAYA sekarang
August 29, 2013
Salam Syawal..
Masih lagi di bulan syawal dan mood raya masih lagi hangat membara sebab open house sana sini ada. Jenuh gak berdiet semoga berat yang berturun 3KG sempena puasa hari tu tidak kembali kepada asal [bangga gitew]. Hokay..pasti ramai pembaca blog CN lahir tahun 80-an dan ke bawah. Cepat ngaku ! Kalau u all perasan, raya dulu dan sekarang banyak sangat bezanya ! CN terjumpa artikel kelakar tentang perbezaan raya dulu dan sekarang dari MAJALAH UJANG bumper raya. Jadi apa salahnya berkongsi dengan pembaca tersayang sebab bukan semua orang suka beli MAJALAH UJANG ni..EA jer yang dari dulu sampai sekarang suka benor beli majalah ni..hehe
BEZA RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG
1. Kampung Halaman
: Dulu raya kita mesti nak berkumpul kat umah atuk dan nenek di kampung. Masa ni la nak jumpa sepupu sepapat yang lama tak jumpa. Sekarang ni, budak2 mana nak balik kampung dah..macam2 alasan dorang bagi. Panas la, line tenet takde la..dll...
2. Lampu Pelita
: Mungkin ada lagi yang pasang pelita kat umah tapi tak ramai. Tu pun pelita yang ready made punya, bukan buat pakai tin susu lagi. Tapi kebanyakan orang sekarang terutama yang tinggal di apartment pasang lampu lip lap yang siap ada lagu raya tu.
3. Kuih Raya
: Bila tiba hari raya satu keluarga dari emak ke anak akan duduk di dapur sama-sama buat kuih. Tapi sekarang ni orang main tempah jer. Kalau dulu kuih penuh satu meja sekarang ni tinggal beberapa bekas jer.
4. Kad Raya
: Teringat dulu masa kecik2, bila nak dekat raya tu sibuk kumpul duit beli kad raya. Macam2 kad ada bergantung kepada jenis dan harga. Kalau kad mahal siap ada lampu dan lagu. Teringin nak dapat kad raya besar dan berlagu tapi yang sedihnya selalu dapat kad raya gambar kucing yang harga 5 sen ! Sekarang ni orang main sms, tweeter dan fb jer. Senang ! Jimat ! Cepat ! Kedekut !
5. Aktiviti Lapang
: Dulu kalau balik kampung mesti main tarik upih pinang, mandi tali air, panjat pokok. Bila malam raya main bunga api. Sekarang ni budak2 sibuk main PSP, iPad, weechat. Handphone tak lekang dari tangan. Masing-masing buat hal masing-masing.
6. Lauk
: Dulu kalau tiba hari raya akan ada lauk2 tradisional macam lemang, ketupat, nasi himpit dan kuah kacang. Sekarang ni, siap ada sate, makanan western, ada nugget, sosej dan spageti lagi ! [CN ler tu..hehe]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
8 comments
memang berbeza... menu pun berbeza...
ReplyDeletebanyak sangat beza kan
Deleteaah mmg berbeza pun
ReplyDeleteskrg tok n wan dah xde dua2 belah mak ngan ayah
lau ada mmg semua adik beradik sepupu sepapat sepapan berkumpul before nak raya..mmg meriah sgt2..rindu lah time ni..skrg diorg dh xde..so just xde lg dah suasana cam tu..semua dah buat hal sndiri..
kuih raya pulak
dulu time belum kawin...anak2 semua tulun mak wat kuih..mcm2 kuih weols buat dr kerepek..kuih dam..semua org suka kuih mak el..tp skun anak2 semua dah kawin..mak pulak dah xlarat nak wat..so harap anak2 lah yg buatkan tuk mak :)
kad raya dulu lg best...el org yg paling byk dpt kad raya..dulu time sekolah kan..pagi2 masuk kelas..tgk2 ada kad raya lam laci meja..surprise2 hahaha time tu mmg seronok..dah studi kt U pulak..bertimbun2 kad raya sbb time tu dah rmi kwn merata..so pagi2 dah turun laju2 tgk kat post box...paling byk el lah haha..pas2 sibuk beli kad raya nak balas..pas2 boleh gtg kat dinding rumah atau pokok bunga..time tu mmg suasana raya mmg meriah..skun tgklah semua pakai sms wasap fb blog semua networking online huhu
dah mcm karangan cium lantai blog pulak
hahah k bai
sebenarnya nak story lg..tp sedar diri pengomen sj haha
wah ! panjang benor karangan kakak z sorang ni ! hehe..
Deletebetul tu, banyak sgt beza, dulu raya boleh jer gantung2 kad buat hiasan, sekarang dpt gak kad, tp sikit2 jer, maybe next yer kena rajin bagi orang kad, lepastu paksa orang balas kad kita, baru leh banyak kad ! hehe
hehe betul betul betul ,sokong sangat
ReplyDeleteas anak muda mmg terasa benda macam ni dah makin kurang diamalkan.
budak2 sekarang pula lebih suka stay kat rumah je bila raya
Punya susah nak ajak pergi beraya kat rumah saudara.
apo nak jadi .
ala..sekarang kalau musim raya jer, tv duk tayang cerita best2..mmg budak2 taknak kuar rumah ler gi beraya, bek duk rumah layan tv..hehe
Deletesalam kenal, akak ni cigu tadika jer, agaknya nama norazimah ni sesuai jadi cikgu kot, senang anak murid nak panggil...cikgu azimah, cikgu azimah
ReplyDeletekat tadika akak ngajar, budak 4 tahu siap ada lagu lagi, camni.. ci azimah jatuh parit, cik azimah jatuh parit.. lantaklah.. ntah macamana diorang boleh tukar dari cik aminah kepada cik azimah..nak tergelak je dengan kerenah anak-anak ni..
wah ! nama kita sama ler, mmg ramai ler nama cikgu norazimah, dulu ustazah CN pon nama norazimah gak ! tapi kan..mmg comey lagu tu ! alahai..cik azimah jatuh parit yer? hehehe
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.